Download Sony MALAYSIA Scholarship Application Form Online

Mungkin anda masih mencari biasiswa (scholarship) dan kali ini Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd. menawarkan biasiswa kepada anda yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam. Pelajar tahun kedua dan ketiga pengajian layak untuk memohon.

Mungkin anda tertanya-tanya serba sedikit mengenai Sony (Malaysia) Sdn. Bhd sebelum membuat keputusan untuk mencuba memohon biasiswa Sony Malaysia ini. Berikut adalah sedikit info mengenai Sony Malaysia. Anda boleh melawat webportal rasmi Sony (Malaysia) untuk maklumat lebih terperinci.

Tidak ada syarikat elektronik pengguna hari ini seperti dalam sejarah dan inovasi seperti Sony. Sejarah permulaan Sony bermula di Jepun pada tahun 1946 dari hasil semangat dan kerja keras dua orang muda yang cerah dan berdaya usaha. Kedua-dua Masaru Ibuka dan Akio Morita bersatu untuk membuat impian mereka sebuah syarikat global yang berjaya.

Borang permohonan Biasiswa Sony Malaysia untuk pelajar Malaysia

Sony (Malaysia) Sdn. Bhd. Memulakan operasi di Malaysia sejak 31 Oktober 1973. Syarikat ini mengkhusus dalam pemasaran, jualan dan perkhidmatan untuk pelbagai produk elektronik pengguna, serta produk dan penyelesaian siaran & profesional. Terdapat sejumlah 2 Sony Store dan 48 pusat Sony Center di seluruh negara, yang menawarkan pengguna produk dan perkhidmatan Sony terbaru.

Tarikh Tutup

Jika anda berminat untuk memohon biasiswa ini, anda dikenendaki menepati tarikh tutup (deadline) menghantar permohonan anda. Permohonan anda mestilah dihantar/ sampai kepada pihak Sony Malaysia sebelum atau pada Sep 22, 2017. Kelewatan memohon tidak akan dilayan.

Kriteria

Berikut ialah kriteria asas untuk memohon Biasiswa Sony Malaysia (Sony Malaysia Scholarship) ini. Jika anda menepati semua kriteria di bawah anda boleh mengemukan permohonan anda untuk biasiswa ini.

• Warganegara Malaysia dengan umur di bawah 25 tahun
• Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPTA / Universiti Awam dan kini dalam tahun kedua atau ketiga
• Pencapaian akademik yang cemerlang di sekolah (SPM / O Level), Pra-universiti (STPM / A Level / Matriculations)
• Diploma dan kelayakan ijazah semasa (untuk tahun / semester yang lengkap) dengan PNGK minimum 3.0
• Mahir dalam Bahasa Inggeris, bekerja keras, mempunyai pencapaian akademik cemerlang yang dipadankan dengan sifat personaliti yang positif dan mempunyai aktiviti tambahan kokurikulum

Amaun

Biasiswa Sony Malaysia menawarkan tajaan berjumlah RM9,000 setahun kepada pelajar yang berjaya mendapat biasiswa ini.

Selain itu sebelum memohon anda diingatkan bahawa pelajar yang layak dan berjaya mendapat tajaan biasiswa Sony Malaysia akan dikehendaki untuk berkhidmat dengan pihak Sony Malaysia dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelajar akan terikat dan mesti bersedia untuk berkhidmat dengan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. untuk tempoh masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian (Terma & Syarat dikenakan)

Jurusan

Sony Malaysia Scholarship menawarkan tajaan biasiswa untuk jurusan-jurusan pengajian yang disenaraikan di bawah sahaja. Jika anda mengambil jurusan yang tidak tersenarai besar kemungkinan permohonan anda mungkin tidak akan berjaya. Adalah penting untu anda ambil maklum dengan teliti mengenai perkara ini.

Berikut ialah senarai jurusan pengajian atau kursus yang ditawarkan tajaan biasiswa Sony Malaysia.

• Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik, Mekanikal atau Perisian)
• Sarjana Muda Perniagaan (Sumber Manusia, Ekonomi, Perakaunan & Kewangan atau Pentadbiran)
• Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Komputer
• Bidang lain yang berkaitan dengan disiplin di atas

Cara Memohon

Bagaimana cara memohon biasiswa ini? Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu download boring permohonan dari link yang diberikan di bawah.

Selepas anda download dan mencetak borang permohonan, anda mesti melengkapkannya dan sertakan salinan-salinan dokumen yang diperlukan.

Klik DI SINI untuk MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN.

Borang yang telah lengkap diisi bersama Salinan-salinan dokumen yang diperlukan mestilah dikirim kepada pihak Sony Malaysia. Anda dinasihatkan untuk menggunakan courier services atau post laju untuk memudahkan anda mendapat maklum sama ada dokumen anda telah sampai atau belum. Courier service atau post laju juga menjamin dokumen permohonan anda sampai dengan segera kepada pihak Sony Malaysia.

Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke :

Human Resource Division
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Attention to: MR. KHUSAIRI / MS. ALIAA

Hubungi

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak Sony Malaysia. Maklumat perhubungan adalah seperti yang tertera di bawah:

Talian : 03-8913 7212/7214
Emel : KLScholarship.SOEM@ap.sony.com

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan terkini, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak Sony Malaysia.