Biasiswa Tune Libra Untuk Belajar Di Epsom College

Peluang untuk mendapatkan Biasiswa Tune Libra untuk sambung pengajian di Epsom College Malaysia. Jika anda ingin menyambung pengajian, anda boleh memohon biasiswa Tune Libra. Walau bagaimanapun biasiswa ini terhad kepada pelajar yang akan menyambung pengajian mereka ke Epsom College sahaja.

Tawaran biasiswa Tune Libra untuk pelajar Malaysia. Download borang permohonan biasiswa

Sejumlah RM20 juta diperuntukan untuk pelajar yang layak dan berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Epsom College. Sekali lagi dijelaskan bahawa tawaran biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke Epsom College Malaysia sahaja.

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa untuk memohon. Yang penting anda berminat dan layak.

Jumlah Biasiswa

Sebelum mengemukakan permohonan sila lihat gambar di bawah. Itu adalah maklumat mengenai jumlah pembiayaan yang akan ditanggung oleh biasiswa Tune Libra.

Permohonan biasiswa tune libra untuk pelajar malaysia di Epsom College

Pembiayaan ini adalah bergantung kepada kelulusan dan pencapaian akademik pelajar.

Kelayakan Memohon Biasiswa Tune Libra

Sebelum anda mengemukan permohonan sila semak kelayakan memohon biasiswa ini seperti mana yang ada di laman portal rasmi Epsom College http://www.epsomcollege.edu.my/scholarship-(1)/tune-libra-scholarship

Borang permohonan biasiswa Tune Libra untuk belajar di Epsom College

Jika anda memerluka maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak Epsom College di talian +606 2404188 (Admissions Department) atau email mereka di enquiries@epsomcollege.edu.my

Anda juga digalakkan untuk membaca artikel kami terdahulu mengenai Biasiswa Epsom College Malaysia.

Rebutlah peluang ini untuk masa depan anda.