Nota Lengkap Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara SPM BAB 1

Nota ringkas dan lengkap Sejarah SPM (Tingkatan 5) Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara. Dalam kebanyakan topik subjek Sejarah SPM, Bab 1 ini merupakan topik yang amat penting dan banyak soalan-soalan yang biasanya keluar dari bahagian ini.

Ini kerena tajuk "Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisma di Asia Tenggara" adalah peristiwa sejarah yang penting yang mengingatkan kita perjuangan dan penubuhan negara bangsa negara-negara yang ada di wilayah Asia Tenggara.

Memandangkan topik ini ama penting kami telah membuat senarai rujukan-rujukan yang boleh anda rujuk dan baca untuk melengkap dan memantapkan lagi kefahaman anda.

Nota Ringkas Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara


Rujukan-rujukan yang disenaraikan ini adalah antara nota-nota yang paling ringkas tetapi padat yang ditulis oleh guru-guru sejarah yang arif dengan subjek ini.

Anda juga boleh memrujuk contoh-contoh soalan, cadangan jawapan dan nota rujukan yang lengkap dari sumber-sumber yang kami senaraikan.

Antara rujukan yang boleh anda rujuk ialah nota ringkas dan padat dari cikgu Azid dalam lama web beliau cikguazid.com. Nota lengkap mengenai Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara adalah antara yang agak senang untuk dibaca, difahami dan diingati.

Anda juga boleh download dan cetak nota ringkas mengenai topik ini dari sana.



Jika anda perlukan maklumat yang lebih anda juga boleh merujuk nota sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculang & Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara dari blog Sejarah SPM Sri KL.

Di bawah adalah petikan sedikit dari nota ringkas yang ada di laman portal sejarahspmsrikl.wordpress.com. Untuk yang lebih lengkap anda boleh rujuk terus ke laman portal mereka.

Bab 1 : Membincangkan tentang perubahan yang dibawa oleh penjajah dan semangat nasionalisme di Asia Tenggara yang menjadi asas rujukan kepada nasionalisme negara kita.


1.1.1 Imperialis Barat (Teks book: page 3)


➢ Kuasa-kuasa yg terlibat dgn imperialisme di Asia Tenggara; Portugal, Sepanyol, Britian, Perancis & Amerika Syarikat
➢ Penawanan Melaka pada tahun 1511 menjadikan Portugis sebagai kuasa perintis dalam penjajahan
➢ Persaingan hebat tersebut menyebabkan berlakunya perluasan kuasa politik secara langsung.
➢ Seluruh Asia Tenggara telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat menjelang tahun 1914 kecuali Thailand.

1.1.2 Faktor-faktor Imperialisme Barat (Teks book: page 5)

 

Kekayaan Bahan Mentah:


➢ Asia Tenggara memang kaya dengan bahan mentah & mempunyai tanah yang subur
➢ Barat perlukan bahan mentah untuk penuhi tuntunan Revolusi Perindustrian terutama bijih timah & getah

Revolusi Perindustrian:


➢ Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa2 Barat di Timur

Sistem Pengangkutan & Perhubungan:
➢ Penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa &
mempercepatkan perjalanan antara barat dan timur
➢ Pembukaan Terusan Suez (1896) telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat
➢ Penciptaan telegraf membawa perubahan terhadap perhubungan antara Barat & Timur
➢ Perniagaan menjadi mudah & perdangan antarabangsa menjadi pesat

Persaingan Kuasa Barat:


➢ Imperliasisme adalah aktivti untuk meningkatkan imej & kemegahan negara.

Beban Org Putih & Tugas Menyebar Tamadun:


➢ British & AS menggunakan slogan Beban Orang Putih (Teks book:page 7)
➢ Bristih & AS merasakan diri mereka maju & bertamadun
➢ Bertanggunjawab memimpin orang Timur kearah kesejahteraan
➢ Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun
➢ Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian penduduk di tanah jajahan

1.2 Perubahan Sistem Politik( Teks book: page 8)


➢ Negara-negara AT mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum kedatangan Imperialis Barat.
➢ Ciri-ciri umum sistem Birokrasi barat yang diperkenalkan di Negara-negara AT
➢ Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
➢ Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
➢ Perlaksaanan pentadbiran melalui biro (jabatan)
➢ Pengenalan undang-undang Barat

a) Pentadbiran Sepanyol di Filipina


Sebelum:
➢ Terdiri drpd daerah2 kecil (Barangay) yang diperintah oleh golongan datu.
Selepas:
➢ Sepanyol berjaya kuasai Filipina > kenalkan sistem p’tadbian b’pusat dgn Gabenor General
➢ Barnagay disatukan menjadi encomienda yang diketuai oleh Encomiendero
➢ Tugas Encomiendero:
i. Jaga keamanan
ii. Kutip cukai
iii. Mengkristiankan
➢ Rakyat Filipina benci sistem Encomienda kerana cukai tinggi & kerahan tenaga
➢ Gerakan nasionalisme di Filipina tercetus semasa pentadbiran AS
Amerika Syarikat terpaksa menjalankan dasar pentadbiran yg lebih liberal dengan memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam birokrasi pentadbiran di Filipina

b) Pentadbiran Belanda di Indonesia


Sebelum:
➢ Terdiri daripada buah krj berasingan spt krj Mantaran & krj Bantam
➢ Raja mengetuai pentadbiran
➢ Golongan pembesar yg membantu dikenali sbg bupati (pembesar daerah)
➢ Gol pembesar yg membantu raya dikenali sgb bupati (pembesar daerah)
Selepas:
➢ Pentadbiran Pusat
➢ Pentadbiran tempatan
➢ Penubuhan jabatan kerajaan
➢ Penubuhan dewan tempatan
➢ Penubuhan Volksraad

c) Pentadbiran British di Burma


Sebelum:
➢ Burma amalkan pemerintah krj b’raja dibwh Dinasti Konbaung
➢ Raja Juga menjadi penanung kpd sami buddha
➢ Raja, Hluttaw (majlis diraja), Wun (pegawai tinggi kerajaan), Myothugyi (ketua bandar), Ahmudan, Athi (pembesar-pembesar tradisional)
Selepas:
➢ British b’jaya kuasai Burma dlm Perang Inggeris – Burma III
➢ Institusi Raja Burma tersingkir
➢ Pemerintah tertinggi Burma ialah Pesuruhanjaya Tinggi British di Rangoon
➢ Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (Pegawai Bandaran)
➢ Akta Kampung Hulu Burma (diperkenalkan)
➢ Akta Perkampungan (dilenyapkan)

d) Pentadbiran Perancis di Indochina


Sebelum:
➢ Ditadbir oleh krj Mutlak (kuasa penuh oleh p’bsr tmptan)
➢ Setip birokrasi diketuai oleh gol. Mandrain, yang diperngaruhi oleh sistem pentadbiran tnh Besar China
➢ Ahli birokrasi dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bhs & kesusasteraan China
Selepas:
➢ Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral yg b’tgjwb terus kpd Kementerian Tanah Jajahan di Paris
➢ Union Indochionise 1887 ditubuhkan (Vietnam, Kemboja & Laos)
➢ Gabenor Jeneral, Letfenan Jeneral, Residen Jeneral & Residen Wilayah

e) Pentadbiran Barat di Tanah Melayu


Sebelum:
➢ Kesultanan Melayu bermula di Melaka maka wujudnya Kesultanan Melayu Melaka (KMM)
➢ Kesultanan Melayu dibantu oleh sistem pembesar 4 liptan
Selepas:
➢ Penjajahan Portugis
➢ Mula pd 1511 apabila Melaka berjaya ditawan oleh Portugis
➢ KMM runtuh dan pindah ke Johor
➢ Pentadbiran diketuai oelh Gabenor Jeneral yg dibantu oleh Kapten Jeneral dan pembesar tempatan yg dikekalkan kedudukannya.
➢ Penjajahan Belanda > Institusi raja di Melaka dihapus terus

Penjajahan British

a) Tubuh Negeri-negeri Selat (NNS)
– S’pura, Penang, Melaka
– Diketuai oleh Gabenor
– Bermula thn 1826

b) Negeri- Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
– Perak, S’gor, N9 & Pahang ditadbir secaa todak langsung melalui Sistem Residen

c) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNTB)
– Kedah, Kelantan, Trgg, Perlis & Johor diperkenalakn Sistem Penasihat oleh British

f) Thailand


➢ sistem perintahan awal ialah pemerintahan berkuasa mutlak
➢ Raja Thai iaitu Raja Mongkut & Raja Chulalongkorn.
➢ Raja Mongkut lantaik 80 orang penasihat Barat untuk ketuai pelbagai jabatan disamping melatih pegawai tempatan
➢ Penasihat kewangan & pelabuhan serta polis dibawa dari Britian
➢ Penasihat kastam dan ketenteraan dari AS
➢ R. Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tinggi & Kabinet Menteri
➢ Pembendaharaan negara oleh juruaudit Britain
➢ Thn 1932, sistem raja berpelembagaan diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak
➢ Permodenan pentadbiran yg dilakukan merupakan antara faktor penting dlm mengekalkan kemerdekaan Thailand

1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara


➢ Maksud nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa & negara yg membawa kp gerakan membebaskan tanahair daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing

1.3.1 Faktor2 kemunculan nasionalisme


a) Dasar penjajahan barat
➢ Penduduk tidak puas hati dgn dasar penjajahan Barat
➢ Pengenalan sistem birokrasi barat telah mengancam kedudukan pembesar dan tidak beri peluang pd penglibatan rakyat
➢ Dasar Ekonomi Penjajah
i. Tanaman Paksa (Indonesia)
ii. Sistem Polo (Filipina)
➢ Dasar keterbukaan yang diamalkan oleh imigran Cina, India & lain2 menyebabkan ekonomi negara dikuasai oleh gol. imigran

b) Pengaruh Agama
➢ agama berjaya menyatukan rakyat tempatan utj menghadap penindas & pengaruh budaya barat
➢ Gerakan Islah (Indonesia & Tnh Melayu) & Persatuan Belia Buddha (Burma) > menentang agama yg dibawa penjajah
➢ Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat
➢ Agama Kristian di Filipina yg telah diperkenalkan oleh Sepanyol telah berjaya menyatukan penduduk peribumi menentang Sepanyol
➢ Penentangan ini berlaku kerana penganut agama kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol

c) Karya Kesusateraan
➢ merupakan media utk menyampaikan mesej kesengsaraan & kekecewaan terhadap penindasan penjajah
➢ Noil Me Tangere (Jose Rizal – Filipina), Putera Gunung Tahan (Pak Sako – Tnh Melayu), Kerikil-kerikil Tajam & ke Makam Bonda (Chairil Anuar – Indonesia)

d) Sistem Pendidikan
➢ Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang mengutamakan sek yang menggunakan bahasa penjajah sbg bhs pengantar
➢ Di Indonesia, anak gol. Priyayi diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan dari org kebanyakan
➢ Sikap pilih kasih kerajan Belanda yg cuba memecahkan perpaduan rakyat Indonesia

e) Kemunculan golongan intelek
➢ Terdiri drpd penduduk tempatan yg mendapat pendidikan tinggi merupakan pencetus gerakan nasionalisme
➢ Gol intelek yg mendapat pendidikan di Barat & Timur Tgh telah didedahkan idea2 falasafah Barat & Timur Tgh
➢ Peringkat awal gol. Intelek ini hanya menuntut taraf hidup dibela tetapi akhirnya mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka.

f) Pengaruh media massa
➢ Media massa spt akhbar & majalah menyemarakkan semangat & nasionalisme di Asia Tenggara.
– Cth: Tribune Indigene & Clohe Felec (Vietnam)
Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya & Majlis (Tanah Melayu)
➢ Penjajah merasa terancam terhadap kegiatan politik mereka
➢ Perkembangan sistem pengangkutan & perhubungan pencetus dalam gerakan nasionalisme
➢ Pencetus gerakan nasionlisme di AT disebabkan:
i. perkembangan sistem pengangkutan jalan
ii. pembinaan jln raya & keretapi
iii. penggunaa telefon & telegraf

g) Pengaruh Luar
➢ Tidak dinafikan bahawa pengaruh luar juga berperanan membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara
Cth: kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada 1905
➢ Kedua-dua kejayaan tersebut telah berjaya membuka mata nasionalis tempatan bahwa negara yg kecil berjaya menewaskan negara yg besar
➢ Selama ini tidak penah terbayang bhw negara Asia yg kecil dapat mengalahkan negara Eropah yg besar
➢ Perjuangan Mahatma Ghandhi menetang British di India juga telah memberi inspirasi kepada nasionalis tempatan

1.3.2 Perkembangan Nasionalisme


Tahap1:
➢ Memperlihatkan penentangan secara terbuka bersifat setempat & tidak berorganisasi
➢ Gerakan nasionalisme pada tahap ini memperjuangknan isu kebudayaan, keagamaan dan hak peribumi
➢ Pemimpin mereka ialah dari golongan pertengahan yg berpendidikan Barat & Asia Barat
➢ Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik
➢ Minta hak-hak rakyat dikembalikan & taraf hidup diperbaiki
➢ Tidak meminta kemerdekaan dgn segera

Tahap2:
➢ Gerakan nasionalisme lebih radikal & berorganisasi
➢ Tercetus gerakan nasionalisme terhadap kedua adalah disebabkan kegagalan nasionalisme tahap pertama
➢ Pemimpin pada tahap ini terdiri drpf golongan yg berpendidikan & berpengetahuan luas dlm bidang nkebudayan barat
➢ Ini menyebabkan mereka lebih sedar perubahan-perubahan yg diperkenalkan dan kesan-kesannya terhadap bangsa dan tanah air
➢ Matlamat perjuangan lebih jelas, iaitu ingin menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yg berdaulat.

a) Perkembangan Nasionalisme Filipina
Tahap 1:
➢ Gerakan nasionalisme yg pertama di AT
➢ Jose Rizal pemimpin gerakan dakyah yg berpendidikan barat adalah pencetus nasionlisme di Filipina
➢ Mereka memperjuangkan:
a. Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
b. Bangsa Filipina diberi hak yg sama dgn bangsa Sepanyol
c. Kebebasan bersuara.
➢ Jose Rizal tubuh Liga Filipina (1892) deask kerajaan Sepanyol lakukan perubahan politik, ekonomi & sosial
➢ Jose Rizal ditangkap & dibuang negeri ke Dapitan di Mindanou
➢ Jose Rizal dijatuhakn hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dlm gerakan pemberontak



Tahap 2:
➢ Andres Bonifacio menubukan Katipunan (1896) utk menentang Sepanyol secra radikal
➢ Matlamat perjuangannya ialah:
a. Menayutkan bangsa Filipina
b. Mencapai kemerdekaan secara revolusi
➢ Kayalan adalah akbar rasmi Katipunan untuk menyebarkan fahami revolusi
➢ Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pd thn 1897 selepas Katipunan gagal dlm melancarkan revolusi bersenjata terhadap Sepanyol
➢ Aguinaldo bekerjasama denagn Amerika Syarikat dan akhirnya Sepanyol tersingkir pada 1898
➢ Pada thn 1899, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi AS tidak mengesahkan kemerdekan tersebut.
➢ Krj AS membenarkan penubuhan part-parti politik sederhana seperti:
a. Parti Nasional
b. Parti Federal
c. Parti Kemerdekaan
➢ Parti Nasional dipimpin oleh Sergio Osmena telah menangi pilihanraya thn 1907
➢ Pd thn 1930an nasionals Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di AS bertukar kepada yg lebih liberal
➢ Filipina mencapai kemerdekaan pada th 1948 degn Manual Roxas sbg Presiden pertama

b) Perkembangan Nasionalisme Indonesia
Tahap 1:
➢ Sepenuh tumpuan pada isu-isu pendidikan
➢ Raden Adjeng Kartini berusaha memanjukan pendidkan utk kaum wanita
➢ Hasil Karya Kartini; Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa. > Dedah kemunduran raykat Indonesia & penindasan oleh Belanda
➢ Pertubuhan Muhammadiyah menyebarkan agama Islam sebenar dan menetang sekularisme Barat & agama Kristian

Tahap 2:
➢ Tertubuhnya perti politik seperti :
i. Sarekat Islam (SI)
ii. Parti Komunis Indonesia (PKI)
iii. Parti Nasional Indonesia (PNI)

➢ Parti-parti tersebut begitu lantang & sanggup menggunakan kekerasan
➢ Soekarno daro PNI menjadi Presiden Indonesia pertama pd thn 1949 dgn kemerdekaan pada 17 Ogos 1945

c) Perkembangan Nasionalisme IndoChina
Tahap 1:
➢ Pergerakan lebih tertumpu pada Vietnam (dipelopori gol Bangsawan & pegawai gol. Mandrain)
➢ Memperjuang pemulihan sistem pemerintahan beraja.
➢ Golongan berpendidikan barat memperjuangkan pendidikan barat di kalangan rakyat
➢ Phan Boi Chau Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) yg melancarkan pemberontakan di Tongkin & gerakan dakyah di Vietnam
➢ Phan Boi Chau dipenjarakan & VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap 2:
➢ Perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) & Parti Komunis Vietnam (PKV) lebih radikal.
➢ Perancis bertindak balas dan menagkap pemimpin-pemimpin VNQDD & menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. § Ho Chih Minh pemimpin PKV terpaksa lari diri ke Hong Kong
➢ Gerakan Nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Mahajara Bao Dai.
➢ Vietnam mencapai kemerderkaan pada tahun 1945

d) Perkembangan Nasionalisme Burma
Tahap 1:
➢ Perjuangan golong sami Buddha & golongan elit berpindidikan barat
➢ Persatuan Belia Buddha (1906) ditubuhkan untuk mengekalkan tradisi Buddha & memajukan pendidikan dalam kalangan rakyat Burma.
➢ Isu kasut membangkitkan semangat nassionalisme rakyat.
➢ Persatuan belia Buddah dipimpin oleh U Ba Pe pd thn 1916 lebih radikal dgn menubuhkan Majlis Persatuan
➢ Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920

Tahap 2:
➢ Laporan Montagu-Chelsford menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri.
➢ Tahun 1920 , tercecrus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.
➢ Majlis Am Sangha Sametggi (gol Sami Buddha) mencetuskan pemberontakan Saya San yg diketuai oleh Saya San, bekas pemimpin di Tharawaddy.
➢ Perlembagaab Burma 1935 memberikan peluang kea rah bekerjaan sendiri.
➢ Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan partiu Dobama Asiayone pd thn 1935
➢ Para pemimpinnya terdiri drpd Aung San, Kyaw Nein & U Nu > gelarkan diri ”Tuan”
➢ Dr. Ba Maw menang pilihanraya thn 1937, menjadi perdana menteri yg pertama

e) Gerakan Nasionalisme Thailand
➢ Berbeza dari negara Asia Tenggara yg lain, Thailand lebih bersikap anti penjajah.

Tahap 1:
➢ Kegelisahn rakyat terhadap penguasaan politik kerabat diraja & penentangan terhadp raja.
➢ Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, system demokrasi & sistem raja berpelembagaan kpd golongan intelek Thailand.

Tahap 2:
➢ Rakyat Thailand tidak puas hati cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat & org Cina
➢ Perdana Menteri ketika itu, Phibul Songram menyekat kebebasan & penguasan ekonomi serta sekolah & akhbar orang cina dibubarkan.
➢ Penduduk peribumi digalakkan diri melibatkan dalam aktivti ekonomi
➢ Jawatan kerajaan hanya utk penganut agama Buddha.
➢ Thn 1939, Phibul Songram menukaran nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)

Rumusan
➢ Kehadiran imperislime barat adalah untuk kepentingan negara mereka
➢ Birokrasi barat telah mengubah sistem politi, ekonomi & social di AT
➢ Pentadbiran kerajaan penajajah amalan penindasasn & diskriminasi
➢ Gerakan nasionalisme oleh rakyat tempatan kerana tidak menyukai cara pentadbiran penjajah, mahu menuntut kemerdekaan & pembaikan taraf hidup
➢ Pejuang nasionalis memperlihatkan semangat juang yg tinggi, kental & keberanian
➢ Perpaduan, kepimpinan & kebijaksanaan menjadi faktor kejayaan sesuatu perjuangan
➢ Generasi selepas merderka harus mempertahankan kemerderkaan & hargi penrjuang nasionalis silam dan mengisi kemerdekaan tersebut dgn kemajuan

Diharapkan nota ringkas dan lengkap mengenai Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara ini dapat membantu anda sedikit sebanyak mempersiapkan diri menghadap peperiksaan subjek Sejarah SPM nanti. All the best!
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.