Cara Dan Prosedur Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Mungkin maklumat cara dan prosedur permohonan perpindahan pusat ujian MUET ini penting untuk anda. Kita percaya ramai yang menghadai masalah hendak memohon perpindahan Pusat Ujian MUET mungkin atas berberapa sebab-sebab yang tertentu.

Antaranya ialah mungkin perpindahan tempat tinggal, perpindahan kerja dan sebagainya. Tahukah anda bahawa anda boleh memohon untuk pindah atau menukar Pusat Ujian MUET anda?

Caranya agak mudah, tetapi jika anda tidak tahu caranya ianya mungkin agak mengelirukan dan sukar.

Baru-baru ini Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ada mengeluarkan tatacara atau cara memohon perpindahan Pusat Ujian MUET.

Cara Memohon Perpindahan Step-by-Step Pusat Ujian MUET


Step 1: Muat turun dan cetak borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)

Step 2: Permohonan dihantar ke MPM melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri

Step 3: Bayaran sebanyak RM25.00 dibuat dalam bentuk Wang Pos atas nama penerima Ketua Eksekutif MPM

Step 4: Status Permohonan perpindahan pusat ujian MUET boleh disemak di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)

Contoh Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET


Anda juga boleh merujuk kepada gambarajah dibawah untuk lebih memudahkan anda


Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran, atau kurang faham, anda boleh berhubung terus dengan pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak MPM sendiri.

Anda juga digalakkan untuk membaca artikel kami terdahulu mengenai Panduan Penting Menghadapi Peperiksaan MUET: Tips dapat Band 6!.

Ianya mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak menghadapi peperiksaan MUET.

Diharapkan maklumat ini dapat memudahkan anda.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.