Insentif Geran Sepadan SSPN1M Percuma RM500 Untuk Kanak-Kanak 7 Hingga 12 Tahun

Insentif Geran Sepadan SSPN1M percuma RM500 untuk kanak-kanak 7 hingga 12 Tahun. Kepada ibubapa yang belum mengetahui, kerajaan memberi insentif Geran Sepadan SSPN1M percuma sebanyak RM500 kepada akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i Plus untuk anak-anak anda. Kepada anda yang belum membuka akaun SSPN-i Plus untuk anak anda sila berbuat demikian sekarang.

Geran Sepadan SSPN-i / SSPN-i Plus RM500

Pihak kerajaan akan menyumbangkan RM500 untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang membuka akaun SSPN-i kepada 500,000 yang terawal.

Sumbangan RM500 yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN-i kanak-kanak tersebut adalah percuma dan tidak perlu dibayar balik.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ada melaporkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta menerusi inisiatif yang dirangka dalam bajet 2018.

Tarikh permohonan dibuka dari 1 Januari hinggi 31 December 2018. Walau bagaimanapun sumbangan RM500 ini terhad kepada 500,00 kanak-kanak sahaja. Anda harus bertindak pantas, buka akaun SSPN-i untuk anak anda hari ini.

Jika anda rujuk sebelum ini, kerajaan hanya memberi sumbangan RM50 kepada kanak-kanak yang membuka akaun SSPN-i Plus tapi tahun ini jumlahnya telah meningkat dari RM50 ke RM500.

Bantuan RM500 ini dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSPN1M). Menurut pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk seri Najib, penyimpan perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun dan geran sebanyak RM500 akan diberikan kepada mereka.

Inisiatif ini dibuat untuk menggalakkan kanak-kanak menyimpan daripada usia muda untuk meringankan beban kewangan mereka bila sambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi kelak.

Skim Geran Sepadan SSPN-i RM500

Kepada anda yang berminat untuk merebut peluang ini, berikut adalah informasi tambahan mengenai skim ini.

a. Anda perlu buka akaun simpanan SSPN-i/SSPN-i Plus secara dalam talian atau datang terus ke mana-mana cawangan PTPTN / Bank.

b. Skim ini terhad kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun sahaja.

c. Paling penting pastikan baki akaun sekurang-kurangnya RM500

d. Untuk skim ini pemilik akaun tidak perlu membuat permohonan kerana ianya disalurkan terus ke dalam akaun anak anda.

e. Untuk pengetahuan anda sumbangan dari pihak kerajaan RM500 ini hanya boleh dikeluarkan semasa anak anda berusia 18 tahun atau ke atas.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut sila layari laman website rasmi PTPTN atau hubungi mereka di talian 03-21933000