Harga Minyak 18 Januari hingga 24 Januari 2018 RON95 RON 97 Diesel Di Malaysia

Setiap hari Rabu setiap minggu kini telah menjadi salah satu hari yang amat penting kepada rakyat Malaysia. Ini kerana setiap hari Rabu harga minya akan diumumkan dan ianya berkuatkuasa pada hari berikutnya iaitu hari Khamis. Orang ramai tertunggu-tunggu harga jualan runcit Petrol RON95, RON97 dan Diesel. Harga minyak petrol ini penting kerana ianya berkaitan secara langsung dengan kos hidup rakyat.

Harga minyak petrol terkini malaysia

Penetapan harga minyak petrol mingguan ini dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan kaedah pengapungan terkawal.

Pelaksanaan Sistem Apungan Terurus Subsidi Bahan Api


Dari segi prinsipnya kaedah penetapan harga minyak mingguan melalui Sistem Apungan Terurus ini mungkin memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna kerana tempoh pengiraan purata kos produk petroleum yang siap diproses dan kadar tukaran wang asing menjadi lebih pendek iaitu hanya selama 7 hari. Pengguna pada dasarnya tidak perlu menunggu lama perubahan harga minyak.

Tujuan Penetapan Harga Runcit Minyak Secara Mingguan


Pada dasarnya terdapat 3 tujuan utama penetapan harga runcit minyak secara mingguan.

a. Pelaksanaan kaedah baru ini memberi ruang tren harga runcit minyak lebi stabil jika dibandingkan dengan harga bulanan sepertimana yang dilaksanakan sebelum ini.

b. Perubahan kadar turun naik harga minyak bertindak balas dengan pantas selaras dengan harga minyak di pasaran dunia.

c. Kaedah baru ini mungkin dapat membantu mengurangkan kegelisahan orang ramai dan pengusaha stesen minyak kerana perubahan turun naik harga minyak tidak begitu ketara berbanding dengan cara penetapan harga minyak secara bulanan.

Memahami Kaedah Penetapan Harga Minyak Secara Mingguan


Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana kaedah penetapan harga minyak secara mingguan ini dibuat.

a. Kaedah penetapan harga minyak secara mingguan ini adalah dengan menggunakan formula purata kos produk petroleum yang siap diproses berkadaran dengan tukaran mata wang asing dalam tempoh seminggu. Ini bermaksud harga minyak minggu ini adalah harga purata minyak pada minggu sebelumnya.

b. Perlu difahami bahawa penetapan harga minyak yang dilaksanakan di Malaysia adalah selaras dengan harga bahan api dunia. Ini bermaksud jika harga di pasaran dunia meningkat maka harga minyak di Malaysia turut naik dan begitu juga sebaliknya.

c. Berasaskan kaedah ini, turun naik harga minyak Malaysia amat bergantung rapat dengan dua (2) faktor iaitu harga pasaran minyak dunia dan juga kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia (MYR) berbanding Dollar US (USD).

Kemaskini Harga Minyak Mingguan Di Malaysia (Harga Minyak Terkini Malaysia)


Jadual harga minyak di bawah adalah harga jualan runcit minyak Petrol RON95, RON97 dan Diesel. Jadual ini akan kami update pada setiap hari Rabu untuk panduan dan maklumat anda.

Harga Minyak 18 - 24 Januari 2018


* Harga minyak terkini akan diketahui sekitar jam 6.00 petang setiap hari Rabu

Harga Minyak 11 - 17 Januari 2018


RON95 : TURUN 3 sen @ RM2.26 seliter (Harga sebelum RM2.29 seliter)
RON97 : TURUN 3 sen @ RM2.53 seliter (Harga sebelum RM2.56 seliter)
DIESEL : KEKAL @ RM2.32 seliter (Harga sebelum RM2.32 seliter)
EURO 5 : KEKAL @ RM2.42 seliter (Harga sebelum RM2.42 seliter

Harga Minyak 4 - 10 Januari 2018


RON95 : NAIK 3 sen @ RM2.29 seliter (Harga sebelum RM2.26 seliter)
RON97 : NAIK 3 sen @ RM2.56 seliter (Harga sebelum RM2.53 seliter)
DIESEL : NAIK 6 sen @ RM2.32 seliter (Harga sebelum RM2.26 seliter)
EURO 5 : NAIK 6 sen @ RM2.42 seliter (Harga sebelum RM2.36 seliter

Semoga Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel bulan Januari 2018 akan berada di paras harga yang berpatutan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. 

Anda boleh mendapatkan MAKLUMAT TERKINI dan updates di blog Pendidikan Malaysia

(1) Like / Follow Pendidikan Malaysia Facebook Page
https://web.facebook.com/pendidikanmalaysianews/
(2) Follow Pendidikan Malaysia di Google+
https://plus.google.com/+Pendidikanmalaysia
(3) Join Telegram Group blog Pendidikan Malaysia
https://telegram.me/pendidikanmalaysia
Load disqus comments

0 comments

DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.