Jumaat, 19 Januari 2018

Nota Matematik Tingkatan 5 SPM - Pelan dan Dongakan

Nota Matematik Tingkatan 5 (SPM),  Pelan dan Dongakan. Topik ini salah satu topik yang penting dalam subjek Matematik Tingkatan 5. Ini kerana banyak soalan akan keluar dari topik ini semasa peperiksaan SPM nanti.


Untuk memahirkan diri anda dalam topik Pelan dan Dongakan anda perlu banyak membuat latih tubi menjawap soalan-soalan berkaitan topik ini menggunakan formula Matematik yang telah anda pelajari.

Apakah Pelan Dan Dongakan


Pelan dan dongakan merupakan tajuk mengenai imej yang terlihat daripada suatu objek yang diunjurkan kepada satah mengufuk atau mencancang.

Unjuran suatu objek kepada satah ini dikenali sebagai unjuran ortogan. Hasilnya murid dapat melukis gambaran saiz penuh objek tersebut berdasarkan pandangan dari depan, sisi dan dari atas mengikut skala yang tepat.

Untuk itu pelajar kena memahirkan diri dalam topik ini bukan sahaja untuk menjawab soalan semasa peperiksaan SPM nanti tetapi juga dalam kerjaya pada masa akan datang.

Contoh Teknik Menjawab contoh Soalan Pelan Dan Dongakan


Untuk mahir dalam topik ini pelajar harus rajin membuat latihan atau berlatih mempraktikkan ilmu yang telah di pelajari. Ada banyak soalan-soalan percubaan mengenai topik ini yang anda boleh jadikan medan berlatih menjawab soalan dalam topik ini.

Contoh soalan Pelan dan Dongakan ini boleh membantu anda mempelajari dan melatih teknik menjawab soalan pelan dan dongakan. Soalan-soalan yang keluar mengenai Pelan dan Dongakan semasa peperiksaan sebenar SPM mungkin berbeza dari soalan-soalan semasa anda melakukan latih tubi tetapi jika anda mahir menggunakan formula yang telah dipelajari untuk topik ini sudah tentu anda boleh selesaikan setiap soalan itu dengan mudah dan pantas.

Kami ada upload pautan-pautan soalan-soalan percubaan SPM Matematik 2017 yang mana anda boleh download dan gunakannya untuk latih tubi.

Selain itu anda juga boleh download soalan latih tubi pelan dan dongakan ini untuk tujuan yang sama iaitu memahami dan berlatih. 

Powerpoint Pelan Dan Dongakan Untuk Rujukan


Di sini ada sumber rujukan powerpoint pelan dan dongakan untuk anda. Salah satu sumber yang anda boleh rujuk untuk belajar, memahami dan berlatih topik Pelan dan Dongakan yang dikira agak lengkap ialah video dalam youtube di bawah.


Selain dari tutorial dalam youtube di atas, anda juga boleh download dan mempelajari dan memahirkan diri mengenai topik pelan dan dongakan di SINI untuk rujukan lebih lanjut.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menghadapi peperiksaan SPM Matematik dalam topik Pelan dan Dongakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.