Permohonan KISS Kasih Ibu Smart 2018 Online Negeri Selangor

Permohonan KISS Kasih Ibu Smart 2018 Online Negeri Selangor dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk memohon program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 anda boleh memohon secara online. Permohonan dibuka kepada wanita yang berkelayakan di Selangor.

Borang permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) Online

Dalam pembentangan badget 2018 Negeri Selangor, kerajaan negeri telah memperkenalkan skim bantuan Kasih Ibu Smart Selangor atau lebih dikenali sebagai KISS. Inisiatif kerajaan negeri ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan ibu di negeri Selangor yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Melalui bantuan KISS ini, ibu yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan. Dari maklum balas yang diperolehi, rata-rata responden berpendapat skim bantuan KISS ini lebih baik dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan.

Pemegang Kad KISS pula yang dianggarkan berjumlah 30,000 di Selangor layak mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung.

KISS Selangor Cara Memohon


Inisiatif kerajaan Selangor memperkenalkan KISS ini selaras atau rentetan dari skim Inisiatif Peduli Rakyat Selangor yang mana skim ini akan diselangara dan dibiayaai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor. Dianggarkan kerajaan negeri akan membelanjakan sebanyak RM72 juta untuk skim KISS ini.

Untuk memohon Skim KISS ini anda boleh download borang permohonan secara online dari portal khas KISS yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor. Buat masa ini permohonan terus secara online belum ada dan akan diperkenalkan kemudian nanti.

Kepada yang layak dan berminat anda boleh download borang permohonan KISS di laman portal rasmi KISS di www.kiss.com.my atau download borang permohonan di SINI.

Kepada yang sukar mendownload borang tersebut anda mempunyai pilihan untuk mengambil terus borang permohonan KISS di lokasi-lokasi berikut:

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pusat Wanita Berdaya
4. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

Semua borang yang telah siap dan lengkap diisi berserta dokumen-dokumen sokongan mestilah dihantar/diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri. Borang pendaftaran telah dibuka sejak 13 Desimber 2017 tahun lalu.

KISS Selangor Syarat Kelayakan Memohon


Jika anda berminat untuk memohon, sila baca syarat kelayakan seperti yang di bawah:

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Faedah-Faedah Kas KISS


Pemegang Kad KISS adalah layak untuk mendapatkan faedah-faedah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Maklumat Perhubungan KISS


Jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut, atau kurang memahami cara-cara memohon, anda boleh berhubung dengan pihak KISS melalui telefon, Faks dan juga email. Sila gunakan maklumat di bawah untuk berhubung dengan pihak mereka.

No Telefon : 03.5525.6600 No Faks: 03.5525.6900 Emel : admin@selcare.my


Semoga bantuan atau skim Kasih Ibu Smart (KISS) 2018 Selangor ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kepada yang akan memohon kami ucapkan semoga berjaya.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

2 ulasan:

  1. Jika layak boleh memohon terus skim ini. Contact dulu pihak mereka untuk maklumat lanjut sebelum memohon.

    BalasPadam

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.