Cara Semak Penyata Slip Gaji (ANM) Online Dalam 2 Minit

Semak penyata gaji online 2018 dengan Akauntan Negara Malaysia untuk semakan atau cetakan slip gaji bulanan anda secara online. Kakitangan kerajaan yang berhasrat membuat semakan penyata atau slip gaji mereka boleh membuat semakan di laman portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

Akauntan Negara Malaysia Slip Gaji Online

Anda mungkin memerlukan slip gaji atau penyata gaji anda untuk tujuan-tujuan tertentu seperti memohon pinjaman pendidikan untuk anak, pinjaman sewa beli kereta, rumah dan sebagainya.

Sebelum ini anda mungkin tidak sedar atau mengetahui bahawa Sistem e-Penyata Gaji Dan Laporan akan menyimpan maklumat penyata gaji bulanan anda bagi tempoh 18 bulan  dan Penyata Pendapatan Tahunan begi tempoh 7 tahun terkini sahaja.

Ini bermakna, selepas tempoh tersebut sistem akan secara automatik akan memadam atau mengeluarkan maklumat tersebut dari sistem simpanan.

Cara Semak Penyata Gaji Online


Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk download penyata gaji atau pendapatan tahunan anda jika perlu untuk simpanan dan kegunaan anda pada masa akan datang.

Untuk membuat semakan penyata atau cetak slip gaji online anda perlu mendaftar masuk ke Laman Portal Rasmi ANM yang disediakan.  Pengguna pertama kali perlu membuat pendaftaran dengan klik "Pertama Kali Mendaftar" untuk mendapatkan kata laluan untuk menggunakan portal tersebut.
Semak Penyata Gaji Online

Jika anda memerlukan makluman lanjut anda boleh terus berhubung dengan pihak ANM dengan cara  E-melkan Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan Nama Penuh, No.KP, No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.

Anda boleh mendapatkan MAKLUMAT TERKINI dan updates di blog Pendidikan Malaysia

(1) Like / Follow Pendidikan Malaysia Facebook Page
https://web.facebook.com/pendidikanmalaysianews/
(2) Follow Pendidikan Malaysia di Google+
https://plus.google.com/+Pendidikanmalaysia
(3) Join Telegram Group blog Pendidikan Malaysia
https://telegram.me/pendidikanmalaysia
Load disqus comments

0 comments

DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.