Semakan Online Syarat Kemasukan KV, SMT, GIATMARA Dan WISDEC

Semakan Online Penawaran dan syarat Kemasukan Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC. Kepada pelajar yang ada memohon kemasukan ke Program KV, SMT, GIATMARA atau WISDEC anda boleh membuat semakan penawaran ke program tersebut secara online.

Semakan Permohonan KV,SMT, Giatmara Dan WISDEC 2018 Online

Anda boleh membuat semakan melalui laman portal yang disediakan di laman web rasmi yang disediakan. Semakan Online Penawaran Kemasukan Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC mulai 15 Januari hingga 22 Januari 2018 di laman sesawang KPM, https://sptv.moe.gov.my/

Sila rujuk maklumat penting di bawah untuk panduan anda

Sila rujuk maklumat penting di bawah untuk panduan dan rujukan anda.

(a) 4 – 14 Januari 2018 – Sesi pemilihan / temubual

(b) 15 – 22 Januari 2018 – Bagi Murid Lepasan PBS 2017, semakan tawaran di dalam laman sesawang KPM :  www.moe.gov.my / sptv.moe.gov.my

(c) 24 Januari – 12 Februari 2018 – Bagi Murid Lepasan PAV  2017, surat tawaran akan diedarkan melalui KV yang dimohon.

(d) 24 Januari – 11 Februari 2018 – Bagi Murid Lepasan PAV 2016, surat tawaran akan diedarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

(e) 23 Januari 2018 – Pendaftaran Murid Aliran Perdana

(f) 24 Januari – 28 Februari 2018:
*Walk- in/rayuan: Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :
· Borang walk-in / rayuan
· Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
· Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga  (PT3).

(g) 12 Februari 2018 – Pendaftaran Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

(h) 13 – 28 Februari 2018 –  *Walk- in/rayuan di mana-mana GIATMARA / WISDEC

Nota: *Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid

Anda juga boleh download maklumat-maklumat berikut untuk kegunaan dan panduan anda.

(1) Download Borang Walk-in/Rayuan
(2) Download Brosur 1
(3) Download Brosur 2

Rujukan lanjut:

a. Panduan permohonan ke Kolej Vokasional (KV)

b. Pendaftaran ke Sekolah Menengah Teknik (SMT)

c.  Pendaftaran GIATMARA Seluruh Negara

Kepada anda yang ada memohon, semoga perkongsian mengenai Semakan Online Kemasukan Program KV, SMT, GIATMARA Dan WISDEC 2018 ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.