Senarai Hukuman Yang Dilarang KPM Ke Atas Pelajar Di Sekolah

Kebelakangan ini timbul isu mengenai bentuk-bentuk hukuman kepada yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini rentetan dari isu seorang guru telah menampar pelajar yang dikatakan menganggu pelajar lain dan menghidu gam di kawasan sekolah seperti mana yang dilaporkan di media baru-baru ini.

Ibubapa pelajar terbabit tidak berpuas hati dan membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan. Peristiwa ini menyebabkan isu mengenai apakah bentuk-bentuk hukuman yang dilarang dan dibenarkan oleh KPM timbul dan menjadi persoalan ramai.

Jika seseorang pelajar itu melanggar disiplin di sekolah, apakah hukuman ke atas pelajar terbabit yang tidak dibenarkan oleh pihak KPM. Disini mari kita sorot kembali senarai bentuk hukuman yang tidak dibenarkan atau dilarang oleh KPM untuk rujukan kita secara keseluruhan.

Senarai Bentuk Hukuman Ke Atas Pelajar Yang Dilarang Oleh KPM Di Sekolah

Daripada senarai ini kita bahagikan kepada 2 iaitu (a) bentuk hukuman fizikal dan (b) bentuk hukuman ke atas mental dan emosi pelajar.

A. Hukuman Terhadap Fizikal

1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam/ luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri/ sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja
6. Menarik rambut atau telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi atau buku
9. Cubit/ enjut/ ketuk ketampi/ mendada/ ketuk/ sekel kepala

B. Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi

1. Gunting rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai
6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak Buku Latihan
10. Mengugut atau mengertak murid
11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan

senarai hukuman yang dilarang oleh KPM ke atas pelajar di sekolah

Jika kita lihat kembali senarai hukuman yang tidak dibenarkan di atas maka pada pemahaman biasa, ianya kelihatan seperti guru tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas pelajar dan tugas guru adalah mengajar sahaja. Mungkin tugas mendidik disiplin pelajar ini sepatutnya dipikul sepenuhnya oleh ibubapa. Sebenarnya ramai ibubapa yang tidak memperdulikan perkembangan disiplin anak-anak mereka kerana beranggapan tugas tersebut dibuat oleh guru di sekolah. Jika ada ibubapa yang beranggapan demikian, andaian itu salah. Tugas mendidik disiplin anak-anak adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kelalaian ibubapa mengawal disiplin anak-anak mereka menyebabkan ramai remaja yang terjerumus ke aktiviti yang tidak sihat dan ini merugikan negara kerana generasi muda adalah aset masa depan negara.