Isnin, 23 April 2018

Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM 2018 Terkini

Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM 2018. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya akan berlangsung acara sukan MSSM. Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan jadual sukan MSSM untuk tahun ini.

Pada tahun ini sukan MSSM akan berlangsung  dari 10 Mac 2018 hingga 27 April 2018 dan akan bersambung lagi untuk acara berikutnya pada 5 Ogos 2018 hingga 10 Ogos 2018.

Sebanyak 24 acara akan dipertandingkan iaitu sukan Merentas Desa, Akuatik, Skuasy, Badminton, Sofbol, Bola Keranjang, Sepak Takraw, Gimnastik Artistik, Ragbi, Bola Baling, Gimnastik Berirama, Ping Pong, Golf, Pelayaran, Olahraga, Bola Tampar, Hoki, Bola Jaring, Catur, Bola Sepak, Bola Tenpin, Memanah, Kriket dan Tenis.

Negeri-negeri yang terlibat sebagai venue acara sukan MSSM tahun ini ialah Perak, Melaka, N. Sembilan, Johor, Pahang, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Jadual Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM 2018


Untuk maklumat lanjut sila rujuk Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2018 di bawah. Atau download Jadual MSSM 2018 ini untuk rujukan lanjut anda.

Jadual MSSM 2018 Takwim MSSM Tahun 2018 untuk rujukan anda

Semoga perkongsian mengenai MSSM 2018 ini bermanfaat kepada anda. Kepada para peserta yang akan mengambil bahagian dan bertanding nanti kami ucapkan semoga berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.