Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) KPM Tahun 2018

Tawaran kemudahan cuti belajar bergaji penuh untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2018. Melalui tawaran atau penajaaan ini KPM bercadang untuk menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada para Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk membolehkan pegawai berkenaan mengikuti kursus atau pengajian di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (Phd) secara sepenuh masa di mana-mana universiti awam dalam dan luar negera tahun 2018.

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) KPM Tahun 2018
Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) KPM Tahun 2018 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan

Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan warga pendidik yang berpendidikan tinggi, berpengelaman, berpengetahuan luas dan mahir dalam bidangnya.

Golongan PPP yang berhasrat untuk mengikuti kursus ini dipelawa untuk meneliti dan memahami maklumat terperinci Program CBP sebelum menghantar permohonan mereka secara online melalui Sistem e-Penawaran di lawan web rasmi KPM. Portal tersebut dijangka akan dibuka (activated) pada bulan Februari 2018.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program CBBP ini, anda boleh layari Facebook Page Bahagian Tajaan Pendidikan (BTP) atau emai ke epenawaran@moe.gov.my. Anda juga boleh berhubung terus dengan bahagian itu melalui telefon di talian 03-83217100 atau 03-83217028.

Anda boleh juga download maklumat penting seperti yang disenaraikan di bawah untuk maklumat lebih terperinci.

1. Pengenalan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018   
2. Analisis Permohonan Mengikut Bidang   
3. Senarai Bidang Kedoktoran (Dalam Negara)   
4. Senarai Bidang Kedoktoran (Luar Negara)   
5. Senarai Bidang Sarjana (Dalam Negara Sahaja)   
6. Carta Alir Permohonan Penajaan dan Cuti Belajar 2018   
7. Syarat-syarat Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018   
8. Syarat-syarat Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa (HLPS) 2018   
9. Jenis Penyakit Kronik   

Sila rujuk Hebahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai perkara ini.