Isnin, 2 April 2018

Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi Yang Berjaya!

Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2018 untuk pelajar lepasan SPM/STPM, pelajar-pelajar semester akhir matrikulasi/asasi dan juga pelajar tahun pertama Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang cemerlang tetapi menghadapi masalah kewangan untuk membiayai pengajian mereka.

Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi untuk pelajar bumiputera.

Biasiswa ini direka khas, khusus untuk membantu para pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dan latarbelakang yang susah untuk mendapatkan pendidikan diperingkat yang lebih tinggi untuk masa depan mereka dan juga untuk negara.

Tawaran pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi yang baik dalam pelajaran dan mempunyai cita-cita melanjutkan pengajian mereka ke IPTA/IPTS untuk masa depan mereka.

Jika anda datang dari keluarga berpendapatan rendah iaitu RM4000 ke bawah dan berlatarbelakang yang mencabar, anda dipelawa untuk memohon program biasiswa/pembiayaan pendidikan Tunas Potensi ini.

Biasiswa/Pembiayaan Yayasan Peneraju Tunas Potensi ini akan membiayaai meliputi  perkara-perkara seperti berikut:

a. Yuran Pengajian
b. Elaun Bulanan (termasuk penginapan)
c. Elaun Buku
d. Program Pemupukan & Pembangunan
e. Program Persediaan Bahasa Inggeris

Pemohon mestilah memilik kelayakan seperti yang disenaraikan di bawah.

Pembiayaan dari pengajian asasi sehingga ke Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan percubaan:

a. SPM min 5A
b. STPM mln 2A

Jika anda memiliki kelayakan asas seperti yang disebut di atas dan berminat untuk memohon biasiswa ini, anda boleh memohon melalui portal yang disediakan oleh Yayasan Peneraju Tunas Potensi

Untuk memohon - Klik Permohonan Biasiswa Tunas Peneraju Potensi

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan:
ptp@yayasanpeneraju.com.my
03-27279002 / 9016

Tarikh tutup permohonan ialah 13 Februari 2018.

Untuk maklumat lanjut sila baca artikel terdahulu kami mengenai Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi di SINI

Read also: Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Jika anda fikir maklumat ini bermanfaat sila kongsikan kepada kawan-kawan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Adakah anda rasa informasi ini bermanfaat? Jika YA mohon share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Sila komen secara berhemah. Terima Kasih