Sabtu, 3 Februari 2018

Cara Tonton Liga Malaysia Live Di Iflix - Panduan Lengkap

Cara tonton Liga Malaysia live di Iflix streaming online. Baru-baru ini Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) telah menandatangai kerjasama dengan pihak Iflix menyiarkan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia secara live streaming online di aplikasi Iflix.

Dengan adanya perjanjian ini peminat bola sepak negara boleh menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia termasuk Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan juga Piala Malaysia secara live melalui streaming online. Ini tentu lebih memudahkan peminat bola sepak tempatan mengikuti perkembangan dan perlawanan bola sepak di Malaysia.

Perjanjian antara FAM dan pihak Iflix ini tentunya akan memberi lonjakan besar dalam perkembangan bola sepak Malaysia.

Selain hak eklusif penyiaran perlawanan bola sepak di Malaysia, Iflix juga menyiarkan perlawanan bola sepak Liga 1 Indonesia, eSport untuk DOTA2 dan juga Kriket T10 Bangladesh. Pilihan live streaming online agak luas melalui applikasi Iflix.

Sepanjang tahun 2018 ini dianggarkan sebanyak 138 perlawanan bola sepak boleh ditonton secara live online melalui TV, Tablet, Komputer dan juga telefon pintar dengan kualiti siaran yang bertaraf (HD). Melalui applikasi Iflix, perlawanan ulangan Liga Malaysia juga boleh di saksikan.

Pada masa yang lalu, peminat bola sepak Liga Malaysia dapat mengikuti perlawanan bola sepak melalui siaran di rangkaian TV RTM (TV1, TV2 & TVi), Media Prima (TV3 dan TV9) Unifi TV dan Iflix.

Maklumat Ringkas Menonton Liga Malaysia Live Streaming Online Di Iflix


Untuk pengetahuan anda terdapat siaran-siaran langsung yang disiarkan hanya di Iflix dan tidak terdapat di mana-mana saluran TV lain.

1. Iflix memberi anda 1 bulan akses tanpa had
2. Ribuan rancangan TV, filem dan banyak lagi ditawarkan di Iflix
3. Anda boleh menyaksikan di telefon pintar, laptop, tablet dan TV
4. Jika tidak saksikan secara live, anda boleh download dan menontonya kemudian.
5. Anda hanya perlu membayar langganan bulanan sebanyak RM10 sahaja.

Cara menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia secara live di Iflix


Bagaimana untuk menonton siaran live (siaran langsung) perlawanan bola sepak Liga Malaysia di Iflix? Berikut adalah ringkasan cara dan prosesnya supaya anda boleh menonton perlawanan bola pasukan kegemaran anda di Iflix.

1. Download applikasi Iflix atau layari laman portal iflix.com
2. Daftarkan akaun anda dengan klik "sign up" masukkan maklumat pendaftaran yang dikehendaki.
3. Di button Menu > Preference > Football Malaysia
4. Kembali ke home screen Iflix - Channel Football Malaysia akan terpapar kesemua perlawanan  yang akan berlangsung.
5. Pilih perlawanan bola sepak yang anda ingin tonton.


Maklumat Tambahan Football Malaysia on Iflix


1. Pengguna boleh memuat turun aplikasi iFlix di App Store atau Google Play. Untuk pengguna laptop atau komputer, anda perlu melayari laman web di pautan www.iflix.com.
2. Sign up akaun boleh menggunakan akaun Facebook atau Google
3. Simpan 'Username' dan 'Password' yang telah didaftarkan
4. Pengguna Unifi, Maxis HomeOne Home dan Digi ada promosi free subscription. Pembayaran boleh menggunakan credit/ debit card, online banking dan pembelian topup di 7Eleven
5. Mereka yang ingin menonton perlawanan di TV perlu mencucuk Chromecast pada HDMI TV. Tekan icon empat segi ‘Connect to Device’. Kemudian, pilih chromecast.

Semoga perkongsian maklumat mengenai Cara Tonton Liga Malaysia Live Di Iflix ini bermanfaat anda dapat membantu anda sedikit sebanyak. Mari kita sokong perkembangan bola sepak tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.