Jadual Peperiksaan SPMU 2018 (DRAFT) Untuk Rujukan Pelajar

Jadual peperiksaan SPMU 2018 dalam bentuk draf (belum muktamad) telah dikeluarkan. SPMU adalah singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan atau lebih dikenali ramai sebagai SPMU.

Rasanya maklumat ini penting kepada para pelajar yang telah mendaftar peperiksaan SPMU 2018 untuk menjadi panduan mereka.

Mungkin anda gagal berberapa subjek utama seperti subjek Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu semasa peperiksaan SPM yang lepas dan berhajat untuk memperbaiki keputusan SPM anda? SPMU adalah peluang untuk anda.

Jadual waktu peperiksaan SPMU untuk panduan pelajar

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan draf jadual peperiksaan SPMU tahun 2018. Walaupun ianya hanya draft tetapi kita tidak menjangkakan akan berlaku perubahan yang besar dari draft ini.

Kita akan kemaskini di blog ini bila jadual SPMu 2018 yang muktamad telah dikeluarkan kelak.

Menurut jadual (draf) peperiksaan SPMu ini tarikh peperiksaan SPMU 2018 akan berlangsung pada bulan Jun 2018 iaitu 25 hingga 27 Jun 2018.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan ialah:

1. Matematik Kertas 1 (aneka pilihan)
2. Matematik Kertas 2
3. Sejarah Kertas 1 (aneka pilihan)
4. Sejarah Kertas 2
5. Sejarah Kertas 3
6. Bahasa Melayu Kertas 1
7. Bahasa Melayu Kertas 2
8. Bahasa Melayu Kertas 3- Ujian Lisan untuk calon persendirian

Nota:

Tarikh dan masa untuk Bahasa Melayu Kertas 3 akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Anda boleh download jadual peperiksaan SPMU 2018 ini di >>> Download Jadual SPMU 2018

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU pula anda boleh layari >>> Semakan Keputusan SPMU

Semoga perkonsian mengenai jadual peperiksaan SPMU 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain