KemasKini Maklumat Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019 Online

Sesi kemas kini maklumat permohonan program matrikulasi sesi 2018/2019 untuk pelajar yang telah memohon kemasukan ke matrikulasi. Sila ambil perhatian bahawa anda adalah penting untuk anda mengemas kini permohonan anda dengan maklumat terbaru atau terkini.

Kegagalan anda berbuat demikian akan menjejaskan peluang permohonan anda ke program matrikulasi sesi 2018/2019. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain supaya mereka dapat membuat tindakan lanjut untuk mengemas kini permohonan mereka ke matrikulasi.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kenyataan akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah.
Kemaskini permohonan matrikulasi 2018/2019 online

Sesi mengemaskini maklumat permohonan ini akan dibuka dari 19 Februari 2018 hingga 18 mac 2018 dan terbuka kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 sahaja.

Untuk makluman anda, Nombor Pengenalan Individu (NPI) boleh mula dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan harga RM10.06 termasuk Govt. Services Tax (GST).

Untuk membeli NPI anda boleh menggunakan No. Kad Pengenalan anda atau dokumen pengenalan yang digunakan semasa peperiksaan SPM tahun 2017 dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

PIN NPI ini boleh mula dibeli pada 19 Februari 2018 hingga 18 Mac 2018. Anda masih ada lebih kurang 30 hari untuk bertindak.

Pelajar lepasan SPM tahun 2017 yang telah membuat permohonan sebelum 24 Desimber 2017 perlu mengemas kini permohonan mereka melalui laman portal yang disediakan oleh pihak KPM di www.moe.gov.my

Untuk proses kemaskini anda hanya perlu memasuki laman portal tersebut melalui e-PERKHIDMATAN dan memasukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan ANGKA GILIRAN SPM anda sahaja.

Semakan keputusan permohonan program matrikulasi akan dikeluarkan melalui laman portal KPM di www.moe.gov.my. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM anda ke bahagian Matrikulasi KPM. Ini kerana keputusan SPM pemohon akan diambil terus dari pihak LPM selepas keputusan rasmi SPM diumumkan.

Pelajar yang berjaya mendapat tempat ke program matrikulasi sesi 2018/2019 KPM perlu mencetak surat tawaran dari sistem aplikasi semakan keputusan program matrikulasi KPM.

Diharapkan perkongsian mengenai kemaskini permohonan matrikulasi 2018/2019 ini bermanfaat kepada anda. Kami mengucapkan semoga berjaya!

Anda boleh mendapatkan MAKLUMAT TERKINI dan updates di blog Pendidikan Malaysia

(1) Like / Follow Pendidikan Malaysia Facebook Page
https://web.facebook.com/pendidikanmalaysianews/
(2) Follow Pendidikan Malaysia di Google+
https://plus.google.com/+Pendidikanmalaysia
(3) Join Telegram Group blog Pendidikan Malaysia
https://telegram.me/pendidikanmalaysia
Load disqus comments

0 comments

DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.