Khamis, 22 Februari 2018

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 - Kenyataan Media KPM

Baru-baru ini ada khabar angin mengenai seramai 17,000 pelajar SPM 2017 telah gagal dalam subjek Sejarah. Jika ini benar maka ini tentu jumlah yang agak membimbangkan apatah lagi subjek sejarah adalah subjek yang wajib lulus di peringkat SPM.

Semakan keputusan SPM 2017 online dan SMS

Berita baiknya, khabar itu adalah tidak benar. Berikut kenyataan media yang disiarkan di laman portal rasmi pihak KPM.

Menurut pihak KPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) belum membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan peperiksaan SPM 2017 seterusnya berita mengenai 17,000 pelajar gagal subjek Sejarah itu adalah palsu.
Kenyataan akhbar pihak KPM mengenai keputusan SPM

Pihak KPM menasihatkan orang ramai agai tidak terpengaruh dan mempercayai khabar agin tersebut. Pemberitahuan rasmi akan dibuat selepas pihak LPM mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2017.

Sejumhal 443,883 pelajar telah menduduki peperiksaan tahun lepas di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sekiranya orang ramai mempunyai keraguan atau perlukan penjelasan lanjut, mereka boleh berhubung terus dengan pihak KPM untuk maklumat yang tepat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Adakah anda rasa informasi ini bermanfaat? Jika YA mohon share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Sila komen secara berhemah. Terima Kasih