Jadual Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM 2018

Jadual kerja kursus PSV 2018 (Kertas 3 – 2611/3) ialah sepanjang bulan Februari 2018 hingga Julai 2018. Calon-calon yang mengambil subjek ini boleh berhubung dengan guru subjek ini di sekolah masing-masing untuk keterangan lanjut.

Jadual kerja kursus PSV 2018

Perlu diambil perhatian bahawa calon-calong yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) wajib melaksanakan kerja khusus seni 2018 ini.

Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dianggap tidak hadir bagi subjek Pendidikan Seni Visual.

Semua hasil rekaan seni visual mestilah dilaksanakan oleh calon atau pelajar itu sendiri sepanjang bulan Februari 2018 hingga Julai 2018.

Semua dokumentasi dan catatan bukti kajian perlu ditulis tangan, anda juga dibenarkan menggunakan cetakan komputer.

Pelajar mestilah menghasilkan kajian, lakaran dan hasil rekaan sendiri dan asli dan bukan ditiru dari mana-mana sumber yang ada.

Berikut adalah panduan untuk kerja kursus Pendidikan Seni Visual untuk rujukan anda. Anda boleh download dan baca atau cetak untuk panduan anda.

Download: Pendidikan Seni Visual 2611/3

Diharapkan perkonsian mengenai jadual kerja kursus PSV 2018 ini bermanfaat untuk anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang akan mengambil subjek PSV ini.