MQA Akan Nilai Diploma 400 Kolej Seluruh Negara Tahun Ini

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bercadang untuk menilai 400 permohonan dari kolej vokasional pada tahun ini untuk memastikan program yang ditawarkan menepati dan memenuhi standard yang ditetapkan.

Berikut menurut Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Dr. Rahmah Mohamed. Menurut beliau pernilaian itu akan dijalankan dan dijangka akan mengambil masa selama 7 bulan. Pernilaian ini akan menggunakan kaedah dan pentaksiran baru untuk meningkatkan kemahiran guru dan mengukuhkan kerjasama dengan industri.

“Pengiktirafan penuh daripada MQA adalah amat penting bagi memastikan pelajar lepasan kolej vokasional diberi peluang me­lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kita bertindak sebagai pemudah cara dan penilaian meliputi pelbagai aspek.

“Semua aspek perlu diberikan perhatian kerana kita mahu kan­dungan pengajian berkualiti ke­rana mahu kolej vokasional melahirkan graduan dan modal insan yang holistik serta mempunyai kemahiran dan diiktiraf industri,” – Datuk Dr. Rahmah Mohamed

Demikan menurut amanatnya yang disampaikan semasa Amanat Tahun Baru MQA 2018 baru-baru ini.

Read also: Rujuk MQA Untuk Akreditasi Kursus

Diharapkan pelajar akan sentiasa beringat sebelum memohon dimana-mana pusat pengajian tinggi agar sentiasa membuat semakan dengan MQA sama ada diploma yang ditawarkan itu adalah diiktiraf oleh MQA atau sebaliknya. Rujuk beritah penuh di SINI.