Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong Online (BYDPA) Untuk Pelajar Cemerlang

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong Online (BYDPA) – JPA sesi 2019 sekarang sudah dibuka untuk pelajar yang berkelayakan dan berminat untuk memohon terutama kepada pelajar degree, master dan Phd. Anda boleh memohon melalui permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong online melalui laman portal yang telah disediakan khas untuk tujuan ini.

Permohonan biasiswa JPA -  Yang Dipertuan Agong (BYDPA) untuk pelajara Malaysia

Pemohon yang boleh menghantar permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong online ini mestilah warganegara Malaysia untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan juga Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong Online : Notis Penting

Sebelum memohon sila baca notis penting di bawah untuk peringatan kepada para pemohon. Ini adalah wajib kepada semua penerima biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) kepada negara Malaysia.

Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian

Sila semak syarat-syarat umum kelayakan memohon di bawah untuk panduan anda.

a. Pemohon hendaklah merupakan seorang warganegara Malaysia
b. Pemohon berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memulakan pengajian di universiti.

Syarat-syarat khusus untuk permohonan biasiswa Yang Dipertuan Agong online boleh anda baca dan semak di bahagian pendaftaran online yang disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti cara-cara membuat permohonan sebelum mengemukakan permohonan anda.

Tarikh tutup

Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2019 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 15 Mac 2019 melalui serahan tangan atau pos ke:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Phone: 0388853546
Email: ldp@jpa.gov.my

Panduan memohon boleh anda baca di SINI. Sila rujuk panduan ini untuk mengelak sebarang kesilapan.

Read also: JPA-MARA Special Scholarships Program

Untuk memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) – JPA anda boleh memohon secara online di http://esilav2.jpa.gov.my.

Diharap perkongsian maklumat mengenai permohonan biasiswa Yang Dipertuan Agong online ini bermanfaat untuk anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk pengetahuan mereka. Kepada yang memohon kami ucapkan All The Best!