Senarai Bidang Kursus yang Ditawarkan Di UiTM Perlis

Senarai fakulti UiTM Perlis dan bidang kursus yang ditawarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis. Seperti yang anda tahu bahawa UiTM adalah salah satu universiti awam (IPTA) yang terbesar di Malaysia. Di sini kami ingin membuat perkongsian mengenai senarai fakulti UiTM Perlis untuk panduan dan rujukan anda.

Senarai fakulti UiTM Perlis

UiTM memiliki kampus cawangan di setiap negeri dan kampus UiTM yang terbesar terletak diShah Alam, Selangor. Anda boleh semak kursus-kursus terkini yang ditawarkan di UiTM Shah Alam untuk rujukan anda.

Perlis juga mempunyai kampus UiTM yang terletak di Arau Perlis. Kampus UiTM cawangan Perlis di Arau ini menawarkan 6 fakulti, yang menawarkan lebih kurang 25 jenis kursus di peringkat diploma dan ijazah.

Berikut ialah senarai fakulti UiTM Perlis untuk panduan anda memohon kemasukan ke UiTM Perlis. Jika kursus yang anda minati tidak tersenarai di sini, anda boleh semak di kampus-kampus UiTM di negeri lain.

Senarai Fakulti UiTM Perlis

A. Fakulti Sains Gunaan

Diploma Sains
Diploma Teknologi Polimer
Siploma kimia Perindustrian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Polimer)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Marin)

B. Fakulti Perakaunan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Diploma Sistem maklumat Perakaunan

C. Fakulti Pengurusan Perniagaan

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)

D. Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur

Diploma Sains Geomatik
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan

E. Fakulti Sains Komputer & Matematik

Diploma Sains Komputer
Diploma Sains (Matematik)
Ijazah Sarjana Muda teknologi Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengurusan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Komunikasi data & Rangkaian)

F. Fakulti Perladangan & Agroteknologi

Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)

Read also: Syarat kemasukan ke UiTM lepasan SPM

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai senarai fakulti UiTM Perlis dan bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis ini bermanfaat kepada anda. Anda boleh kongsikan maklumat senarai program UiTM mengikut kampus ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan mereka.