Sabtu, 10 Februari 2018

Panduan Syarat Kelayakan Kemasukan Ke UiTM Lepasan Diploma

Syarat kelayakan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk lepasan diploma. Tentu ramai yang telah memilik diploma sama ada dari IPTA ataupun IPTS dan selepas itu terfikir untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Syarat kelayakan kemasukan ke UiTM lepasan diploma

Sama ada anda pemegang diploma dari IPTA mahupun IPTS peluang anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah sama dan terbuka luas. Walau bagaimana pun jika anda adalah pemegang diploma  dari mana-mana IPT dan berhasrat untuk menyambung pengajian anda ke peringkat lebih tinggi di UiTM, anda perlu mempunyai kelayakan yang diperlukan.

Pihak UiTM ada menetapkan syarat am kelayakan untuk para lepasan diploma untuk memohon kemasukan ke UiTM.

Berikut ialah syarat am yang telah ditetapkan, pelajar perlu melepasi syarat am ini sebelum anda boleh memohon.

Syarat kelayakan kemasukan ke UiTM lepasan diploma


a. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

c. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

panduan dan syarat kelayakan kemasukan ke UiTM untuk pelajar lepasan diploma

Terdapat juga syarat-syarat khas mengikut bidang kursus untuk kemasukan ke UiTM. Syarat itu berbeza antara kursus. Adalah penting anda berhubung terus dengan pihak UiTM untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat khas tersebut.

Read also: Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan SPM

Semoga perkongsian maklumat mengenai syarat kelayakan kemasukan ke UiTM untuk lepasan diploma ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.