Panduan Syarat Kemasukan Ke UiTM Untuk Lepasan Matrikulasi

Syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan matrikulasi. Pelajar lepasan matrikulasi yang berhasrat untuk memohon menyambung pengajiaan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) mungkin memerlukan maklumat am ini untuk rujukan anda.

Syarat kemasukan ke UiTM untuk pelajar lepasan matrikulasi

Sebenarnya pelajar lepasan Matrikulasi juga layak untuk memohon memasuki UiTM melanjutkan pengajian mereka. Mereka perlu memilik syarat-syarat am seperti di bawah untuk melayakkan anda memohon.

Syarat am kemasukan ke UiTM untuk lepasan matrikulasi:

a. Lulus SPM / setaraf dengan baik.

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

c. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

semakan syarat kemasukan ke UiTM untuk pelajar lepasan matrikulasi

Daripada senarai syarat-syarat di atas kita boleh lihat bahawa pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia, mempunyai sijil SPM, kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM dan lulus matrikulasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0.

Selain daripada syarat-syarat am yang tersenarai di atas, terdapat juga syarat-syarat khusus untuk bidang-bidang tertentu. Anda boleh merujuk laman webportal rasmi UiTM untuk maklumat syarat khusus mengikut kursus/program di UiTM.

Syarat kemasukan ke UiTM tidak semestinya sama seperti syarat kemasukan ke universiti awam yang lain di Malaysia. Anda boleh rujuk terus dengan pihak universiti tersebut.

Read also: Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan SPM

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan matrikulasi ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain untuk panduan mereka.

Anda boleh mendapatkan MAKLUMAT TERKINI dan updates di blog Pendidikan Malaysia

(1) Like / Follow Pendidikan Malaysia Facebook Page
https://web.facebook.com/pendidikanmalaysianews/
(2) Follow Pendidikan Malaysia di Google+
https://plus.google.com/+Pendidikanmalaysia
(3) Join Telegram Group blog Pendidikan Malaysia
https://telegram.me/pendidikanmalaysia
Load disqus comments

0 comments

DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.