Syarat Kemasukan UiTM Lepasan STPM Pelajar Malaysia

Syarat kemasukan UiTM lepasan STPM untuk pelajar Malaysia. Tak lama lagi keputusan peperiksaan STPM akan diumumkan. Tentu ramai yang berhasrat untuk memasuki atau menyambung pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sebelum membuat permohonan sama ada melalui UPU atau terus ke UiTM ada baiknya anda membaca dengan teliti syarat kemasukan UiTM lepasan STPM ini untuk panduan dan rujukan anda. Teruskan membaca.

syarat kemasukan UiTM lepasan STPM

Sebelum memohon anda perlu buat semakan syarat kemasukan UiTM lepasan STPM untuk menentukan adakah anda layak atau tidak. Sebelum memohon ada baiknya anda semak dahulu syarat kelayakan kemasukan ke UiTM untuk calon lepasan STPM. Terdapat syarat kelayakan am yang perlu setiap pelajar patuhi.

Di bawah adalah syarat umum untuk kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM. Syarat ini boleh berubah dari masa ke semasa terpulang kepada keperluan dan keputusan semasa pihak UiTM.

Syarat Kemasukan UiTM Lepasan STPM

a. Lulus SPM / setaraf dengan baik

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Permohonan dan syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM

Selain dari syarat kemasukan UiTM lepasan STPM am yang tersenarai di atas terdapat juga syarat kelayakan khusus yang terpaksa anda patuhi. Syarat kelayakan mengikut bidang kursus yang anda hendak ambil.

Kursus tertentu memerlukan syarat kelayakan yang tertentu yang pelajar perlu patuhi untuk mengambil bidang tersebut. Contohnya syarat kemasukan UiTM lepasan STPM untuk kursus kejuruteraan (engineering) adalah berbeza dengan pelajar yang ingin mengambil kursus aliran sastera.

Jika anda memerlukan penjelasan lebih lanjut dan terperinci mengenai syarat-syarat terkini kemasukan ke UiTM anda boleh berhubung terus dengan pihak UiTM.

Read also: Senarai Bidang Yang Ditawarkan Di UiTM Shah Alam

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan UiTM lepasan STPM ini dapat membantu dan sedikit sebanyak. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang menduduki peperiksaan STPM tahun lepas untuk panduan mereka.