Tarikh Dan Semakan Keputusan SPM 2023 Online Dan SMS

Tarikh dan semakan keputusan SPM 2023 Online atau SMS. Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh buat semakan dan mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka secara online atau SMS.

Anda bolehlah membuat semakan bermula pukul 10.00 pagi pada hari keputusan SPM diumumkan.

Tarikh keputusan SPM akan diumumkan nanti dan pihak PendidikanMalaysia.com akan kemaskini maklumat di sini bila tarikhnya diketahui kelak.

Pastikan anda bookmark page ini untuk kegunaan pada masa akan datang.

Tarikh Dan Semakan Keputusan SPM 2023 Online Dan SMS

Terdapat berberapa cara untuk anda membuat semakan keputusan peperiksaan SPM iaitu melalui online dan juga melalui applikasi SMS.

Secara Manual Melalui Sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri

Kebiasaannya pelajar akan mendapatkan keputusan SPM mereka secara manual iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah asal anda (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri).

Cara ini biasanya digemari oleh pelajar kerana mereka boleh bertemu semula dengan guru-guru lama dan rakan-rakan lama.

Pelajar boleh bertanya/berhubung terus untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada guru-guru lama semasa / selepas mendapatkan keputusan SPM masing-masing kelak.

Semakan Keputusan SPM Online

Cara kedua (2) yang iaitu semakan keputusan SPM secara online. Cara ini lebih digemari para pelajar kerana ianya cepat dan pantas.

Pelajar boleh membuat semakan menggunakan komputer atau telefon pintar bila-bila masa dan di mana-mana anda berada.

Untuk membuat semakan anda boleh layari Sistem Aplikasi SPPAT – Semakan Keputusan SPM Online.

Mengikut pemerhatian kami, pelajar biasanya membuat semakan online keputusan SPM sebelum pergi mengambilnya di sekolah asal mereka.

Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

Semakan keputusan SPM melalui SMS adalah antara yang paling popular dan mudah dalam kalangan pelajar.

Ada boleh mendapatkan keputusan SPM anda menggunakan applikasi SMS. Keputusan SPM anda akan di SMS terus ke telefon pintar anda.

Sila lihat gambarajah di bawah untuk cara-cara membuat semakan keputusan SPM melalui applikasi SMS.

tarikh semakan keputusan spm online dan SMS

Semua sistem semakan keputusan SPM tahun ini akan diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM nanti.

Perlu diambil perhatian bahawa semakan secara online dan SMS akan memaparkan ringkasan keputusan SPM sahaja. Untuk mendapatkan keputusan penuh anda boleh pergi terus ke sekolah asal anda atau JPN yang terdekat.

Keputusan Penuh SPM

Semakan keputusan penuh terbahagi kepada 2 kategori iaitu (a) Calon Sekolah dan (b) Calon Persendirian.

A. Calon Sekolah

Untuk calon sekolah, anda boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM anda melalui sekolah asal masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

B. Calon Persendirian

Untuk calon SPM Persendirian, anda akan dimaklumakan melalui POS atau anda boleh berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat di mana anda mendaftar untuk calon SPM persendirian.