Tawaran KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) 2018

Tawaran mengikuti Korea-Malaysia teacher Exchange Programme (KOMTEP) di bawah program Asia-Pacific Teacher Exchange for Global Education (APTE), Republic Korea tahun 2018. Siapa teringin nak ke Korea ini adalah peluang baik untuk para guru.

Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme 2018

Sila baca kenyataan iklan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2018.

Permohonan yang lengkap perlu mendapat sokongan/ ulasan daripada Pengarah Bahagian atau JPN. Bagi permohonan PPP dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mendapat sokongan/ ulasan daripada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Tarikh tutup permohonan bagi penyertaan program ini adalah pada 02 April 2018 (Isnin) dan permohonan yang lengkap berserta sokongan/ ulasan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tersebut jam 5:00 petang kepada:
                       
Pengambilan KOMTEP2018,
Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Objektif Program

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar peringkat antarabangsa antara guru sekolah Republik Korea dan Malaysia serta memberi peluang kepada guru Malaysia mempertingkatkan kompetensi melalui pendedahan sebenar dan menimba pengalaman baru secara amali berkaitan amalan terbaik proses pengajaran dan pembelajaran di Republik Korea.

Sila muat turun surat tawaran dan dokumen lain yang berkaitan untuk maklumat lanjut. Ada 8 dokumen keseluruhan.

1. Iklan Tawaran
2. Borang Permohonan
3. Borang Pemeriksaan Kesihatan
4. Borang Kebenaran Pasangan
5. Lampiran A1
6. Lampiran D
7. Project Plan
8. Sample Lesson Plan

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai tawaran mengikuti Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan guru yang lain.