Senarai Bidang Kursus Yang Ditawarkan Di UiTM Negeri Sembilan

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan. Tahukah anda bahawa Universiti Teknologi MARA atau lebih dikenali ramai sebagai UiTM memilik kampus di setiap negeri di seluruh negara. Negeri Sembilan juga tidak terkecuali, di mana UiTM memiliki 3 kampus cawangan di Negeri Sembilan iaitu kampus UiTM Kuala Pilah, kampus UiTM Seremban dan Kampus Rembau.

Senarai bidang kursus dan program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan

Dari artikel ini anda akan mendapat maklumat mengenai:
  • Senarai Kursus UiTM Di Kampus Kuala Pilah Negeri Sembilan
  • Senarai Kursus UiTM Di Kampus Seremban, Negeri Sembilan
  • Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke UiTM Online 
  • Maklumat Perhubungan UiTM Negeri Sembilan
Kampus UiTM di Kuala Pilah dan Seremban menawarkan banyak kursus-kursus menarik yang boleh anda pilih dan ikuti sebagai destinasi anda melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda.

Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kampus UiTM di Kuala Pilah menawarkan kursus-kursus di bawah Fakulti Sains Gunaan iaitu 6 bidang kursus kesemuanya, 4 kursus peringkat diploma dan 2 kursus peringkat ijazah sarjana muda.

Berikut ialah bidang kursus yang ditawarkan di kampus UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan

Fakulti Sains Gunaan

Diploma Sains
Diploma Mikrobiologi
Diploma teknologi Makanan
Diploma Tekstil
Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi)
Ijazah Sarjana Muda sains (Kimia)

Kampus UiTM Seremban, Negeri Sembilan

Kampus UiTM Seremban adalah kampus cawangan UiTM yang kedua di Negeri Sembilan. Kampus UiTM Seremban memiliki 4 Fakulti yang menawarkan sebanyak lebih kurang 16 kursus kesemuanya yang boleh anda pilih berdasarkan minat dan kelayakan anda.

Fakulti Sains Sukan & Rekreasi

Diploma Pengajian sukan
Ijazah sarjana Muda Sains Sukan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan

Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi

Diploma Pentadbiran Awam
Diploma Pentadbiran Korporat
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat

Fakulti Sains Komputer & Matematik

Diploma Pentadbiran
Diploma Pentadbiran Korporat
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat

Fakulti Sains Komputer & Matematik

Diploma Sains Aktuari
Sarjana Muda Sains (Statistik)
Sarjana Muda Sains (Matematik)
Sarjana Muda Sains (Matematik Pengkomputeran)
Sarjana Muda Sains (Matematik Pengurusan)

Cara Buat Permohonan Ke UiTM Online

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke UiTM anda boleh membuat permohonan melalui Sistem Permohonon UPU online atau Sistem Permohonan UiTM Online.

Alamat Perhubungan UiTM Negeri Sembilan

Jika anda perlukan apa-apa maklumat mengenai kampus UiTM di Negeri Sembilan anda boleh gunakan alamat perhubungan UiTM Negeri Sembilan di bawah.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan,
Kampus Kuala Pilah,
Pekan Parit Tinggi,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan,
MALAYSIA.
Tel : 606-4832100, Faks : 606-4842449
Website: https://nsembilan.uitm.edu.my/v1/

Semoga perkongsian mengenai senarai bidang kursus atau program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain untuk menjadi rujukan dan panduan mereka.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.