Senarai Universiti Luar Negara Yang Terima/Iktiraf Matrikulasi KPM Untuk Sambung Pengajian

Senarai Universiti Luar Negara Yang Terima/Iktiraf Matrikulasi KPM. Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah pelajar lulusan kolej matrikulasi KPM boleh melanjutkan pengajian mereka ke universiti di luar negara. Sebenarnya pelajar lulusan dari kolej matrikulasi KPM boleh melanjutkan pengajian mereka ke universiti-universiti di luar negara seperti United Kingdom (UK), Australia, New Zealand dan yang peling dekat dengan negara kita ialah Indonesia.

Senarai universiti luar negara yang terima dan mengiktiraf kursus matrikulasi KPM
Photo: astroawani.com

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh P Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Standard dan kualiti pengajian di kolej matrikulasi KPM adalah setaraf dengan keperluan peringkat antarabangsa.

Kualiti program pengajian Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah setaraf dan diiktiraf beberapa universiti di luar negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata proses penyamataraan kelayakan bagi program matrikulasi dan STPM telah dilaksanakan secara bersepadu oleh kementerian bagi mengekalkan standard dan kualiti kedua-dua program itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) mengenai perbezaan taraf kelayakan program matrikulasi dan STPM pada persidangan Dewan Rakyat di sini.-P Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Antara universiti-universiti di luar negara yang mengiktiraf lulusan dari kolej matrikulasi KPM adalah seperti di bawah. Sila rujuk senarai. Senarai ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa.

Universiti di United Kingdom (UK)

1. University of Birmingham
2. University of Nottingham
3. University of Surrey
4. University of King’s College London
5. University of Manchester
6. University of Southampton
7. University of London
8. University of Warwick
9. University of Bristol

Universiti di Australia

1. University of Sydney
2. University of New South Wales

Universiti di New Zealand

1. University of Auckland
2. University of Wellington

Universiti di Indonesia

1. Universitas Sumatera Utara
2. Universitas Andalas
3. Universitas Airlanga
4. Universitas Gadjah Mada

 Semoga perkongsian maklumat mengenai senarai universiti luar negara yang terima atau mengiktiraf kursus matrikulasi KPM ini bermanfaat kepada anda.