Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2018 Online & SMS

Semakan keputusan tawaran Matrikulasi 2018 online & SMS. Adakah anda telah memohon kemasukan ke Program Matrikulasi KPM? Jika ada, anda boleh membuat semakan keputusan permohonan ke matrikulasi KPM 2018 secara online dan juga SMS.

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2018 Online

Cara untuk membuat semakan melalui online sangat mudah dan pantas anda hanya perlu melayari/akses laman portal khas yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Untuk membuat semakan sila layari Aplikasi Permohonan Matrikulasi KPM Online.

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2018 SMS

Kepada anda yang lebih selesa untuk membuat semakan melalui SMS atau menghadapi kesukaran akses internet di kawasan anda, anda boleh gunakan sistem semakan melalui SMS.

Sila rujuk cara membuat semakan tawaran matrikulasi 2018 melalui SMS di bawah:

MOE<jarak> MAT<jarak>NoKP
dan Hantar Ke 15888
Contoh: MOE MAT 000211273217

Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi KPM untuk panduan lanjut anda.

Semoga perkongsian mengenai semakan keputusan tawaran matrikulasi 2018 online dan SMS ini bermanfaat kepada anda.