Semakan Daftar Nama Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti di Malaysia

Semakan dan daftar Nama Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti di Malaysia. Tahukah anda bahawa penerima-penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti digalakkan dan dikehendaki mendaftarkan nama mereka di dalam portal khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ini mungkin dibuat untuk memudahkan mengesan pakar-pakar mengikut bidang-bidang tertentu dan juga bagi tujuan rujukan dan semakan umum. Senarai penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran ini boleh digunakan untuk rujukan maklumat.

Daftar nama ini disediakan bagi kemudahan orang awam untuk mendapatkan maklumat berkenaan Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaysia.

Jika anda belum mendaftarkan nama anda sila berbuat demikian melalui portal pendaftaran online yang disediakan oleh pihak KPT.

Untuk mendaftar/semakan nama anda sila layari >>> https://dohe.mohe.gov.my/award/tables.php

Semoga perkongsian maklumat mengenai  Semakan Daftar Nama Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti di Malaysia ini bermanfaat untuk anda.