Peluang Kerja Graduan Diploma Pentadbiran Awam Di Malaysia

Peluang kerja untuk graduan Diploma Pentadbiran Awam. Ada pertanyaan ‘Diploma Pentadbiran Awam Boleh Kerja Apa?’. Sudah tentu ini antara soalan yang sering anda tanya bila memilih kursus dan bercadang hendak mengambil kursus Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) misalnya.

Walaupun syarat kelayakan kemasukan Diploma Pentadbiran Awam tidaklah terlalu sukar tetapi persoalan mengenai kerjaya selepas tamat pengajian tetap menjadi igauan para pelajar dan seterusnya menurunkan minat mereka untuk ambil bidang ini.

Tentunya soalan ini “Diploma Pentadbiran Awam boleh kerja apa?’ adalah soalan yang sangatlah penting dan mustahak. Ini kerana kita semua menginginkan situasi senang dapat kerja selepas habis pengajian kelak.

Di sini kami ingin berkongsi dengan adan berberapa pandangan dan pendapat mengenai peluang kerja graduan Diploma Pentadbiran Awam sama ada dari UiTM atau universiti yang lain.

Lama web Twitter ‘UiTM Confession‘ ada menyiarkan pertanyaan ini dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Melihat maklum balas dari orang ramai di atas kita boleh membuat sedikit kesimpulan bahawa pemegang Diploma Pentadbiran Awam (Diploma in Public Administration) bukanlah sesuatu bidang yang perlu anda takuti tidak akan dapat kerja atau kerjaya kelak.

Ini kerana ramai graduan bidang ini telah mendapat pekerjaan dan peratusan yang menganggur tidaklah tinggi.

Sebenarnya memang bidang pengajian itu penting tetapi dapat atau tidak dapat kerja itu juga bergantung kepada diri kita sendiri. Jika kita malas cari kerja, memilih kerja, takut bersaing dan  tidak yakin diri maka tentu susahlah nanti akan dapat kerja selepas tamat pengajian.