Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM (Koleksi Karangan BM SPM)

Contoh karangan Bahasa Melayu SPM untuk rujukan dan panduan pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Subjek Bahasa Melayu (BM) adalah subjek yang amat penting untuk anda mahir sebab lulus atau gagal anda bergantung kepada keputusan subjek BM anda semasa SPM.

Tidak kurang pelajar yang mendapat keputusan yang baik untuk subjek-subjek yang lain tetapi berstatus GAGAL sebab subjek BM mereka gagal semasa peperiksaan SPM.

Dalam subjek BM, bahagian yang paling susah untuk dikuasai ialah karangan. Ramai student yang gagal dalam subjek BM kerana tidak dapat menguasai kemahiran mengarang. Bolehlah disimpulkan bahawa karangan Bahasa Melayu SPM adalah antara yang paling ramai pelajar gagal.

Bagaimana caranya untuk menyediakan diri anda atau memahirkan diri anda untuk subjek karangan BM SPM? Tiada cara yang lebih baik selain berlatih mengarang pelbagai topik.

Berlatih mengarang sahaja tidaklah mencukupi. Karangan Bahasa Melayu SPM anda mestilah mengandungi fakta-fakta atau isi kandungan yang sesuai dengan tajuk karangan atau topik.

Oleh itu adalah amat penting untuk anda meluaskan pengetahuan am anda dengan menonton TV atau membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat mengenai isu-isu semasa di Malaysia.

Biasanya soalan karangan Bahasa Melayu SPM adalah mengenai isu-isu semasa yang hangat diperkatakan pada tahun tersebut. Contohnya masalah pengangguran, penyalahgunaan dadah, kebersihan, ponteng sekolah dan sebagainya.

Untuk memudahkan anda, koleksi contoh soalan karangan Bahasa Melayu SPM ini boleh anda rujuk untuk panduan dan tujuan latihan mengarang.

Koleksi Tajuk Karangan Bahasa Melayu SPM

Di bawah adalah contoh-contoh topik  karangan Bahasa Melayu SPM yang biasa disoal dalam peperiksaan.

  • Laporan bulan kemerdekaan.
  • Aktiviti badan beruniform serta faedahnya.
  • Kebaikan sukan kepada individu, masyarakat den negara.
  • Cara-cara memupuk perpaduan di Malaysia.
  • Amalan gaya hidup sihat masyarakat kita.
  • Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan.
  • Cara-cara memperoleh kecemerlangan akademik.
  • Penggunaan telefon bimbit di sekolah.
  • Langkah mengelakkan keracunanan makanan di sekolah.
  • Langkah-langkah meningkatkan hasil pertanian negara.
  • Langkah-langkah memajukan sektor pertanian di Malaysia.
  • Langkah-langkah memajukan industri pelancongan desa.
  • Masyarakat penyayang.

Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM

Selain itu sila juga rujuk koleksi soalan contoh karangan Bahasa Melayu (BM) SPM untuk panduan anda.

Layari: Koleksi Karangan Bahasa Melayu SPM

Semoga Perkongsian mengenai contoh karangan Bahasa Melayu SPM ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.