Jumaat, 2 November 2018

Peperiksaan Tahun 1,2 dan 3 Dimansuhkan Tahun 2019 - Menteri Pendidikan Malaysia

Peperiksaan Tahun 1,2 dan 3 akan dimansuhkan bermula tahun depan tahun 2019. Demikian menurut kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik. Peperiksaan yang melibatkan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 akan dimansuhkan bermula Januari 2019
Gambar Hiasan - Utusan Malaysia
Peperiksaan ini akan digantikan dengan sistem pentaksiran baru yang lebih objektif pada tahun 2019.

Demikian menurut sumber di akaun Twitter Dr. Maszlee Malik

Kenyataan tersebut menerima lebih 1300 perkongsian dengan pandangan dan pendapat yang bercampur (ada yang menyokong dan ada yang tidak bersetuju). Apa pun kita percaya Kementerian Pendidikan akan mengkaji perkara ini dengan lebih lanjut.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peperiksaan-tahap-1-dimansuhkan-bermula-tahun-depan-8211-maszlee-1.778519#ixzz5VTxZnro4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.