Bantuan Institusi Pengajian Tinggi:Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Program bantuan institusi pengajian tinggi dari Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Pelajar yang sedang menuntut di IPT dan mengalami masalah kewangan janganlah cepat putus asa kerana kerajaan Melaka ada menyediakan program Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) yang dibuka khas untuk anak-anak Melaka untuk dipohon.

Dana untuk PWPT Melaka ini diwujudkan untuk tujuan membantu pelajar IPT kelahiran Melaka yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban mereka. Pelajar yang perlu/ingin memohon boleh berbuat demikian melalui online.

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka. Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.

Untuk memohon sila memohon melalui laman portal rasmi TAPEM. Sila pastikan anda membaca syarat-syarat permohonan TAPEM – PWPT dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan untuk mengelak berlaku kesilapan makluman dan proses.

Semoga bermanfaat