Program Tajaan Penuh Biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening Untuk Pelajar Malaysia

Biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening untuk Pelajar Malaysia pergi belajar di United Kingdom (UK) sesi tahun 2019/2020. Siapa yang tidak berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara bukan? Masalahnya ialah belajar di luar negara terutamanya di UK amat mahal kosnya kerana perbezaan matawang UK dan Ringgit Malaysia.

Berita baiknya tahun ini ada program tajaan penuh biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening untuk pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan memilik daya/kualiti kepimpinan yang tinggi.

Jika anda mempunyai kedua-dua kriteria di atas bolehlah anda memohon untuk dipertimbangkan mendapat tajaan biasiswa penuh Yayasan Khazanah-Chevening ini.

Biasanya setiap tahun biasiswa ini ditawarkan. Biasiswa Chevening-Khazanah adalah program biasiswa global kerajaan Inggeris yang dibiayai oleh Pejabat Luar dan Komanwel (“FCO) dan Yayasan Khazanah.

Jika anda berhasrat untuk memohon biasiswa ini dan inginkan penjelasan lanjut anda boleh menghubungi Yayasan Khazanah:

Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
(T) +603 – 2272 6300 / (F) +603 – 2272 6311
yk@yayasankhazanah.com.my

Atau layari laman website rasmi Chevening scholarship di Malaysia.

Harap maklumat ini bermanfaat.