Biasiswa Yayasan Sabah Sekolah Menengah Untuk Pelajar Sabah

Tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk pelajar Sabah dikeluarkan setiap tahun kepada pelajar-pelajar anak Sabah yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pihak Yayasan Sabah (YS) biasanya menawarkan biasiswa untuk pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat UPSR.
biasiswa Yayasan Sabah
Ini bermakna jika anda mempunyai keputusan UPSR yang cemerlang, anda berpeluang untuk dipertimbangkan untuk mendapat biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah semasa menyambung pengajian anda ke peringkat sekolah menengah.

Biasiswa ini adalah sebagai penghargaan dan galakkan kepada pelajar-pelajar untuk mencuba dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Berikut adalah apa yang dipetik dari laman websita Yayasan Sabah (YS) online:
Kumpulan Yayasan Sabah juga menawarkan biasiswa Pendidikan Sekolah Menengah kepada pelajar kurang berkemampuan tetapi memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di sekolah-sekolah terpilih di Semenanjung Malaysia.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengemukakan permohonan biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk dipertimbangkan oleh pihak bahagian biasiswa Yayasan Sabah. Sebelum menghantar permohonan biasiswa anda dinasihatkan untuk berhubung terlebih dahulu dengan pihak YS untuk mendapatkan panduan cara-cara memohon.

Jika anda was-was atau perlukan maklumat lanjut mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, anda boleh melawat pejabat YS di Menara Tun Mustapha di Teluk Likas atau menghubungi mereka melalui maklumat perhubungan di bawah.

Biasiswa Yayasan Sabah
Laman : http://www.ysnet.org.my/
Alamat : Scholarship Section, Bangunan Yayasan Sabah, Peti Surat 11201, Telok Likas, 88813 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
Tel : 088 422 211

Buat masa ini belum ada info terbaru mengenai tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, kami akan kemaskini bila ada informasi terbaru nanti. Anda boleh berhubung terus dengan pihak YS jika perlukan maklumat terkini dan tepat.
Selain biasiswa YS, kerajaan negeri Sabah juga ada menyediakan program biasiswa yang dinamakan sebagai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.  Sila layari link di atas untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa BKNS ini.

Harap perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah ini bermanfaat. 
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.