Cara Menulis Karangan Rangsangan SPM Sebagai Panduan Pelajar

Panduan cara menulis karangan rangsangan SPM untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Karangan berpandukan bahan rangsangan adalah soalan bahagian A dalam Kertas 1103/1 Bahasa Melayu SPM. Apa yang menarik dan sangat penting ialah kerana bahagian ini terdiri daripada soalan wajib dijawap oleh para pelajar.

Bahan karangan rangsangan ini boleh terdiri daripada (a) gambarfoto (b) Gambarajah (c) illustrasi kartun (d) iklan (e) isi-isi utama (f) pelan (g) petikan dan mungkin juga berbentuk (h) catatan

Soalan karangan rangsangan boleh keluar dari mana-mana bentuk bahan di atas. Pelajar kemudiannya akan dikehendaki membuat huraian berdasarkan kehendan soalan yang di utarakan.

Pelajar dikehendaki menulis karangan antara 200 – 250 patah perkataan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

Biasanya sebanyak 30 markah diperuntukkan untuk soalan ini dan masa yang dicadangkan ialah 45 minit. Jika anda mahir dalam menjawab soalan karangan ransangan ini anda sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan karangan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Itulah sebabnya pelajar kena pakar dan rajin berlatih untuk menguasai cara menulis karangan Rangsangan SPM untuk membiasankan diri dengan soalan sebenar nanti.

Jika dilihat dari peruntukan markah yang diberikan, 30 markah adalah agak banyak dan anda perlu betul-betul menyediakan diri menghadapi soalan karangan rangsangan ini dengan baik. Jika tidak anda akan kehilangan banyak markah di bahagian ini.

Anda juga boleh download soalan-soalan Bahasa Melayu SPM tahun-tahun lepas mengenai karangan rangsangan BM SPM untuk rujukan anda sebelum teruskan pembacaan anda.

Untuk membantu anda sedikit sebanyak kami kongsikan 2 blog yang memberikan panduan cara menulis karangan rangsangan SPM.

Salah satu blog yang menghuraikan secara terperinci cara menulis karangan rangsangan BM SPM ialah blog Laman bahasa Cikgu Q. Beliau memberi contoh bahan karangan dan cara mengolah karangan rangsangan berdasarkan bahan yang diberi.

Cara dan teknik yang beliau tunjukkan ini boleh digunakan apa-apa bentuk bahan karangan rangsangan SPM nanti semasa menjawab soalan ini.

Blog kedua yang anda perlu layari ialah blog RetiBahasa yang ditulis oleh Jamaliah Malia. Panduan dan teknik yang beliau huraikan tentang cara menulis karangan rangsangan SPM boleh dijadikan panduan dan rujukan anda.

Selain panduan cara menulis karangan ransangan SPM ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel kami terdahulu tentang pelbagai topik Bahasa Melayu SPM. Layari link di bawah untuk membaca rujukan SPM Bahasa Melayu.

Semoga bermanfaat