Contoh Rumusan Lengkap SPM Bahasa Melayu (BM)

Contoh rumusan lengkap SPM Bahasa Melayu (BM) sebagai panduan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan rumusan dan pemahaman petikan umum. Soalan rumusan dan pemahaman petikan umum SPM terdapat dalam soalan 1 Kertas 1103/2 Bahasa Melayu SPM.

Kebiasanya petikan umum yang diambil dan diubahsuai daripada majalah atau surat khabar mempunyai kepanjangan kira-kira 350 patah perkataan diberikan.

Daripada soalan/petikan ini pelajar wajib menjawap soalan (a) Rumusan dan soalan, (b) Pemahaman.

Soalan Rumusan

Soalan ini merupakan soalan wajib. Pelajar perlu membuat rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Soalan ini adalah wajib dan 30 markah diperuntukan untuknya.

Soalan Pemahaman Petikan Umum

Soalan ini merupakan soalan wajib, sebanyak 3 soalan pemahaman dikemukakan dan 9 markah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini.

Jika dilihat banyak markah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini. Ini adalah untuk menguji sejauh mana kebolehan pelajar memahami bahan/petikan yang diberikan dalam soalan. Sudah tentu anda tiada cara lain tetapi perlu menguasai kemahiran menjawab soalan ini untuk menyediakan anda menjawab soalan ini semasa peperiksaan SPM nanti.

Untuk memudahkan anda di sini kami kongsikan satu blog yang amat sesuai dijadikan rujukan untuk topik ini. Blog yang ditulis oleh cikgu Norazwira Mohd. Nawi dalam tulisan beliau bertajuk contoh menjawab soalan rumusan SPM amat mudah difahami dan lengkap.

Jika anda mempunyai sedikit masa terluang, kami juga ada membuat perkongsian/sharing mengenai panduan dan teknik menulis karangan umum SPM Bahasa Melayu (BM).

Semoga perkongsian ini bermanfaat.