Jadual Dan Tarikh Peperiksaan UPSR 2019 Untuk Rujukan Pelajar

Jadual dan tarikh peperiksaan UPSR sebagai panduan dan rujukan pelajar. Tentu ramai pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Berita baiknya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual dan tarikh peperiksaan UPSR 2019 untuk panduan pelajar, guru-guru dan ibubapa. Kami akan kemaskini maklumat di sini jika ada apa-apa perubahan yang terbaru.

takwim peperiksaan UPSR

Untuk membantu anda sila layari link di atas untuk tips menghadapi peperiksaan UPSR. Tips itu amat berguna sebagai salah satu sumber rujukan anda. Sebenarnya ada banyak tips yang lain, anda digalakkan untuk rajin membaca.

Kepada para pelajar, tarikh peperiksaan UPSR tahun ini ialah dalam bulan Sept 2019. Setiap tahun pun biasanya begitu, peperiksaan UPSR akan dijalankan dalam bulan Sept.

Untuk panduan dan rujukan anda jadual dan tarikh peperiksaan UPSR: 19, 23 hingga 26 September 2019. Itu maklumat yang kita ada setakat ini bergantung kepada sebarang perubahan-perubahan yang mungkin akan dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) nanti.

Jadual dan tarikh peperiksaan UPSR akan dikeluarkan nanti bila telah dimuktamadkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Peperiksaan UPSR ini penting kerana calon yang mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan UPSR akan berpeluang untuk mendapat tempat ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Siapa yang tidak teringin untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh kan?

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semasa peperiksaan UPSR akan berpeluang memohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk pelajar sekolah menengah. Biasiswa Kecil Persekutuan ini terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang.

Anda boleh memohon selepas masuk ke Tingkatan 1 melalui sekolah anda. Ramai yang fikir, peperiksaan UPSR ini tidaklah penting. Sebenarnya peperiksaan UPSR ini penting kerana dari sinilah pelajar tersebut akan membentuk hala tuju pengajiannya menuju cita-citanya.

Kepada yang akan menduduki peperiksaan tahun ini adalah penting untuk anda sentiasa membuat pelan pembelajaran anda dengan merujuk kepada jadual dan tarikh peperiksaan UPSR ini untuk memudahkan anda.

Semoga perkongsian maklumat mengenai jadual dan tarikh peperiksaan UPSR dari LPM ini bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain.