Jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan Setahun Pelajar Sekolah Menengah

Jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan setahun. Biasiswa Kecil Persekutuan atau lebih dikenali dengan nama singkatan BKP adalah biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dianugerahkan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh pihak KPM.

Banyak email dan messege bertanyakan kepada kami berkenaan kadar jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan setahun. Untuk menjawab semua soalan berkaitan tersebut kami terpaksa menulis artikel pendek ini untuk anda. Tentu menarik untuk mengetahui berapa jumlah tajaan yang diterima oleh penerima biasiswa BKP dalam setahun.

Berita baiknya, kali ini kami kongsikan Jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan setahun yang di terima oleh penerima Biasiswa BKP. Maklumat ini kami perolehi dari laman website rasmi KPM sendiri. Sehingga ada perubahan yang dibuat oleh pihak KPM, maklumat ini bolehlah dianggap tepat.

Anda boleh juga melihat dan membaca pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak KPM mengenai maklumat lengkap terutama mengenai jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan setahun. Di bawah adalah ringkasan jumlah tajaan yang diberikan dalam setahun.
jumlah tajaan biasiswa BKP

LINK: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Online
Melalui jadual di atas kita boleh melihat bahawa jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan setahun untuk Tingkatan 1 hingga 4 adalah sama iaitu RM70 sebulan selama 12 bulan. Manakala untuk Tingkatan 5, jumlahnya ialah RM70 sebulan selama 11 bulan sahaja.

Untuk Tingkatan 6 Bawah jumlahnya ialah RM90 sebulan untuk Aliran Sastera dan RM110 sebulan untuk Aliran Sains diberikan selama 7 bulan sahaja.

Jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan setahun untuk Tingkatan 6 Atas pula ialah RM90 sebulan selama 11 bulan untuk Aliran Sastera dan RM110 sebulan selama 11 bulan untuk Aliran Sains. Terdapat perbezaan jumlah tajaan untuk penerima biasiswa dari Aliran Sastera dan Aliran Sains.

Untuk maklumat lebih terperinci ila lihat link di bawah iaitu Surat Pekeliling Pengurusan BKP untuk rujukan lanjut anda.

Surat Pekeliling Pengurusan BKP - KPM

Sila baca cara-cara memohon biasiswa lain yang ditawarkan untuk pelajar Malaysia.
Semoga perkongsian maklumat mengenai jumlah Biasiswa Kecil Persekutuan setahun untuk penerima Biasiswa BKP ini bermanfaat.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.