Keputusan SPM 2018 Keluar Bila? Akan Diumumkan Pada Mac 2019

Keputusan SPM 2018 keluar bila? Pertanyaan ini terlalu awal betul tak? Sebetulnya tidak ada yang tahu bila keputusan SPM tahun ini diumumkan. Ramai sahaja pelajar yang tak sabar hendak tahu bila keputusan SPM akan keluar tahun ini. Ini mesti kes tidak sabar-sabar hendak sambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

tarikh keputusan SPM diumumkan

Sejak awal bulan ini kami banyak terima pertanyaan di ruangan komen dari pembaca mengenai keputusan SPM 2018 keluar bila. Setakat ini belum ada apa-apa pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan anda dan menjawab soalan”keputusan SPM 2018 keluar bila?” biasanya keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada bulan March 2019 nanti. Bila harinya kita masih belum ada maklumat mengenainya.

Kita akan kemaskini artikel ini bila tarikhnya sudah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Tetapi anda boleh layari link di bawah untuk informasi lengkap mengenai bila semakan keputusan SPM 2018 boleh dibuat.

Kepada pelajar yang tidak sabar-sabar lagi tu anda tiada pilihan lain, anda kena sabar juga tunggu. Sementara tunggu apa kata anda cari kerja cari duit untuk belanja sambung pengajian nanti atau cari kursus jangka pendek untuk menambah kemahiran anda. Layari artikel Panduan Kerjaya Lepasan SPM untuk panduan anda.

Keputusan SPM 2018 keluar bila ini bukanlah perkara yang anda harus risaukan atau buang masa ketika ini. Masa cuti ini adalah masa untuk bertenang dan merehatkan diri dan minda sebelum berhadapan dengan pengajian yang lebih mencabar selepas ini.

Jika anda tidak berhasrat untuk mencari kerja sementara tunggu result SPM, anda boleh cuba ambil kursus-kursus jangka pendek berkaitan IT, kemahiran bahasa asing seperti Bahasa Mandarin atau mengikuti kelas Bahasa English untuk memperbaiki penguasaan bahasan anda.

Bahasa English adalah antara kemahiran yang anda harus dapatkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan bahan rujukan dan pembelajaran di peringkat universiti adalah dalam Bahasa English.

Semoga perkongsian mengenai keputusan SPM 2018 keluar bila ini bermanfaat.