Program MyBrainSc Scholarship For IPTA And Overseas

MyBrainSc Scholarship For IPTA And Overseas. Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Jika anda berminat untuk memohon biasiswa MyBrainSc ini anda boleh memohon melalui laman portal rasmi mereka. Anda dinasihatkan untuk membaca maklumat dengan teliti melalui link di bawah sebelum mengemukakan permohonan anda.

Semoga bermanfaat.