Teknik Dan Panduan Menulis Karangan Umum SPM

Teknik dan panduan menulis karangan umum SPM. Ramai yang menghadapi masalah dalam bab membuat karangan umum SPM nie. Sebab itu kami menerima begitu banyak email bertanyakan tips, teknik dan panduan menulis karangan SPM.

Kali ini kami kongsikan dengan anda teknik menulis karangan umum SPM sebagai panduan dan rujukan anda.

Mengapa bab menulis karangan ini digeruni oleh ramai pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM?

Tentunya kerana bahagian menulis karangan SPM ini memperuntukkan banyak markah, panjang karangan yang diperlukan mestilah melebihi 350 patah perkataan dan juga bab ini menguji kebolehan pelajar meluahkan pendapat, pandangan dan informasi dalam bentuk penulisan.

Memberi pendapat, pandangan dan informasi ramai sahaja yang pandai. Tetapi bagaimana mengolah pandangan, pendapat dan informasi tersebut dalam bentuk tulisan melebihi 350 patah perkataan dengan gaya bahasa yang betul, tersusun dan tanpa kesalahan tatabahasa? Di situlah letak masalah utamanya.

Tiada cara lain anda terpaksa membiasakan diri menulis karangan. Berita baiknya, jika anda mengikuti teknik dan panduan yang betul, tentu anda tidak akan mengadapi masalah untuk menulis karangan yang melebihi 350 patah perkataan dengan tersusun dan menarik.

Yang amat pentingnya ialah anda berlatih menulis mengikut panduan dan teknik yang dikongsikan. Di sini adalah salah satu blog Bahasa Melayu yang berguna untuk anda baca dan jadikan panduan untuk menguasai teknik dan panduan menulis karangan SPM Bahasa Melayu.

Ada banyak panduan yang lain tetapi blog yang ditulis oleh cikgu Norawira Mohd. Nawi ini adalah antara yang terbaik untuk dijadikan panduan oleh pelajar.

Jika anda berminat anda juga boleh membaca dan download soalan percubaan Bahasa Melayu (BM) SPM untuk tujuan latih tubi anda. Layari link yang diberikan di bawah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sila like dan share tips ini kepada rakan-rakan anda yang lain.