Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT/Bantuan Persedian IPT Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Permohonan bantuan Am pelajaran IPT/Bantuan persediaan IPT Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah dibuka tahun ini untuk pelar/keluarga yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana IPT di Malaysia.

LINK: Permohonan Bantuan Zakat Bank Rakyat Online

Bantuan ini hanya dibuka kepada anak-anak kelahiran/bermastautin di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan W.P Labuan sahaja.

Bantuan zakat ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan melanjutkan pengajian seterusnya membantu keluarga menaikkan taraf hidup mereka kelak pada masa akan datang.

Satu lagi, bantuan ini hanya terbuka untuk permohonan kepada yang beragama Islam sahaja.

Anda boleh membuat semakan kelayakan untuk memohon bantuan ini secara online melalui laman web rasmi MAIWP.

Jika anda mahu memohon, bolehlah berhubung terus dengan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menggunakan alamat dan nombor telefon di bawah.

Mereka akan memaklumkan cara memohon dan jenis-jenis dokumen yang diperlukan nanti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,7,8,9,10,11,19,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR,
No. Tel : 03- 4047 9444
No. Faks : 03- 4044 9444

Permohonan yang telah lengkap diisi bolehlah dihantar terus ke alamat yang tertera di atas. Cepat-cepatlah memohon sementara ianya belum ditutup.

Semoga bermanfaat