Shell Malaysia Scholarship Experience

Shell Malaysia scholarship experience. Adakah anda berminat untuk memohon biasiswa yang paling berprestig di Malaysia ini selain biasiswa Petronas? Tentu ada sebab-sebab tertentu mengapa pelajar berlumba-lumba ingin mendapatkan biasiswa ini.

LINK: Apply Shell Scholarship Online

Mari lihat mengapa Shell Scholarship ini amat digemari oleh para pelajar.

Antara sebabnya…

a. Biasiswa ini akan membiayaai kos keseluruhan pengajian pelajar untuk mereka yang berjaya mendapatkan biasiswa ini. Siapa yang tidak mahu pengajiannya ditanggung secara percuma bukan?

b. Biasiswa Shell Malaysia adalah ditawarkan oleh Shell, sebuah syarikat oil & gas yang terbesar di dunia. Siapa tidak kenal Shell? Ini bermakna pelajar yang mendapat biasiswa ini tentulah bukan calang-calang orangnya. Shell adalah sebuah jenama dunia yang semua orang pun kenal.

c. Penerima biasiswa Shell akan dijamin mendapatkan pekerjaan sebaik tamat pengajian. Shell hanya akan menaja pelajar yang mereka rasa berpotensi dan berkebolehan menyumbang kepada syarikatnya. Ini bermakna penerima biasiswa Shell akan ditawarkan kerja dengan Shell di mana-mana cawangan syarikat ini di seluruh dunia. Anda tidak perlu risau dengan kerja, yang perlu anda risaukan ialah belajar kuat dan sebaik mungkin.

Shell Malaysia Scholarship Experience

Ok berbalik kepada tajuk asal,  mungkin masih ada yang ragu-ragu dan ingin melihat/membaca sendiri pengalaman-pengalaman mereka yang pernah ditaja oleh Shell Malaysia. Di laman web rasmi Shell ada banyak testimonials/perkongsian pengalaman mereka sebagai pelajar tajaan Shell.

Layari >>> Shell Malaysia Scholarship Student Testimonials

Di sana anda akan melihat betapa para pelajar di bawah tajaan Shell ini amat beruntung kerana mereka bukan sahaja dapat mencapai cita-cita mereka tetapi juga ada begitu banyak peluang yang terbuka luas kepada mereka selepas menamatkan pengajian.

Semoga bermanfaat