Tarikh Keputusan SPM 2018 Keluar – Mac 2019

Bila keputusan SPM 2018 akan dikeluarkan atau diumumkan? Ini soalan yang paling sering keluar ketika ini dalam kalangan pelajar lepasan SPM tahun lepas. Jangan bimbang, keputusan yang anda tunggu-tunggu itu akan keluar juga.

LINK: Tarikh Keputusan SPM 2018 Diumumkan

Keputusan SPM tahun lepas dijangkan akan keluar pada bulan Mac 2019. Cuma tarikhnya belum ditentukan lagi. Tunggulah Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) akan umumkan juga nanti.

Sementara menunggu keputusan keluar apa yang perlu anda lakukan?

Ada banyak perkara anda boleh lakukan. Antaranya ialah cari peluang-peluang biasiswa. Buat senarai peluang-peluang biasiswa tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Anda boleh dapatkan senarai biasiswa di Malaysia di sini.

Anda juga boleh ambil kursus kemahiran jangka pendek seperti kemahiran IT dan sebagainya. Itu nanti penting semasa melanjutkan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi.

Ambil peluang ini untuk cari kerja sementara. Simpan sikit wang untuk bayar yuran pendaftaran dan permulaan pengajian selepas keputusan keluar nanti. Dapatlah meringankan sedikit beban ibubapa anda.

Semoga bermanfaat.