Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI Untuk Lepasan SPM (Syarat Kelayakan)

Syarat Kelayakan Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI untuk lepasan SPM. Baru-baru ini perkembangan sektor pendidikan awal kanak-kanak mendadak naik. Jumlah pusat taska dan tadika di Malaysia berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak hairanlah sambutan dan permintaan untuk kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak di UPSI meningkat dan mendapat permohonan yang banyak dari pelajar lepasan SPM.
diploma pendidikan awal kanak kanak UPSI

Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI - DPAKK


Sebelum itu apakah itu pendidikan awal kanak-kanak? Apa yang akan dipelajari dan apakah bidang kerja yang terlibat? Masih lihat sedikit kupasan mengenai topik pendidikan awal kanak-kanak.
Early childhood education (ECE; also nursery education) is a branch of education theory which relates to the teaching of children (formally and informally) from birth up to the age of eight which is traditionally about third grade.It emerged as a field of study during the Enlightenment, particularly in European countries with high literacy rates. It continued to grow through the nineteenth century as universal primary education became a norm in the Western world. In recent years, early childhood education has become a prevalent public policy issue, as municipal, state, and federal lawmakers consider funding for preschool and pre-K.It is described as an important period in a child's development. It refers to the development of a child's personality. ECE is also a professional designation earned through a post secondary education program. For example, in Ontario, Canada, the designations ECE (Early Childhood Educator) and RECE (Registered Early Childhood Educator) may only be used by registered members of the College of Early Childhood Educators, which is made up of accredited child care professionals who are held accountable to the College's standards of practice.- Wikipedia
Kerana pentingnya penyediaan tenaga terlatih dan professional dengan peluang kerjaya masa depan yang begitu luas dalam bidang ini maka Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI ditawarkan.

Ibubapa semakin hari semakin sibuk dengan kerja seharian mencari reziki, menyebabkan tugas dan peranan individu terlatih dalam bidang ini semakin diperlukan seiring dengan pertambahan pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan tadika di seluruh negara.

Peluang Kerja Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI

Ramai yang kata, nanti habis belajar nak kerja mana? Kita perlu ingat bahawa akan ada masanya penguatkuasaan peraturan dan pemantauan pekerja/staff di pusat-pusat jagaan kanak-kanak hanya boleh dikendalikan dan dilakukan oleh golongan terlatih dan professional.

Sebab itulah masalah mencari pusat jagaan kanak-kanak menjadi satu masalah yang sering menghantui para ibubapa di negara kita sekarang ini.

Keadaan ini ditambah lagi dengan laporan-laporan di media massa mengenai banyak kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak oleh individu yang tidak terlatih dan tidak bertnggungjawab.

Seiring dengan pertambahan jumlah penduduk negara dan kadar kelahiran yang tinggi, jumlah pusat jagaan untuk pendidikan awal kanak-kanak juga akan bertambah dan meningkat jumlahnya. Ini bermaksud jumlah tenaga terlatih dan professional dalam bidang ini sentiasa diperlukan.

Syarat Kemasukan Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI

Kita suda banyak bercerita mengenai maksud dan keperluan tenaga kerja terlatih untuk bidang pendidikan awak kanak-kanak di Malaysia.

Jika anda berminat untuk mengambil kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI apakah pula syarat-syarat kemasukan yang pelajar perlu ada?

Sila baca maklumat kemasukan ke UPSI untuk Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah:

Syarat Kelayakan

a. Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

b. Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

c. Lulus dengan kepujian mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai; dan

d. Lulus dengan kepujian mata pelajaran Sejarah bagi calon (SPM) bermula tahun 2013.

Calon Bekerja

a. Lulus Tiga(3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu atu Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai; dan

b. Mempunyai pengalaman melebihi Tiga(3) tahun dalam bidang pendidikan.

Sekiranya kredit tidak mencukupi, calon pelajar perlu mengambil Ujian Pengkreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL) Permoohonan boleh dibuat ke laman web Malaysian Qualifications Agency (MQA) dengan menghantar portfolio calon dan bayaran sebanyak RM155.00. Keputusan yang diperolehi perlu disertakan sekali untu tujuan dokumentasi dan tapisan.

Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI akan terpaksa menghabiskan/mengharungi tempoh pengajian selama 6 semester keseluruhannya. Untuk maklumat lanjut sila layari laman website rasmi UPSI.

Yang bagusnya Diploma Pendidikan Awak Kanak Kanak di UPSI adalah diiktiraf oleh MQA dan juga dengan yuran pengajian yang rendah berbanding dengan yuran bagi program/kursus yang sama di kolej-kolej lain di Malaysia.

Semoga perkongsian mengenai Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI ini bermanfaat kepada anda.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.