Jeffrey Cheah Foundation-Monash Equity Scholarship Untuk Lepasan SPM

Siapa tidak kenal Jeffrey Cheah Foundation scholarship, yayasan yang menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia setiap tahun. Kali ini Jeffrey Cheah Foundation membuat kerjasama dengan Monash Equity untuk menawarkan biasiswa (scholarship) kepada pelajar Malaysia yang layak dan berminat tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa.

Ini satu peluang yang baik kepada pelajar yang berniat untuk sambung pengajian mereka ke Monash University di Malaysia. Jika ada yang belum tahu, Monash University adalah universiti dari Australia yang telah membuka kampus antarabangsa mereka di Malaysia.

Biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah-Monash Equity ini ditawarkan kepada pelajar yang akan menyambung pengajian mereka ke Monash University di Malaysia sahaja. Ini sesuatu yang baik kerana anda akan mendapat degree anda dari Monash University tanpa perlu berhabis wang yang banyak untuk ke Australia.

Jika anda berminat untuk memohon, anda boleh memohon melalui laman portal rasmi Jeffrey Cheah Foundation. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan dan maklumat-maklumat penting yang lain sebelum memohon.

Kepada yang berminat kami ucapkan semoga berjaya. Harap bermanfaat.