Pendaftaran KWSP Suri Rumah Online i-Suri Untuk Warga Malaysia

Pendaftaran KWSP Suri Rumah Online. Adakah anda sudah berkhawin dan seorang suri rumah? Jika jawapannya ialah YA maka anda layak untuk daftar KWSP suri rumah online melalui program pendaftaran online KWSP suri rumah. Sejak bulan Ogos 2018 tahun lepas pendaftaran caruman sukarela insentif suri (i-Suri) program yang dilaksanakan oleh KWSP telah berjalan untu warganegara Malaysia yang berminat.

Mereka yang layak berpeluang untuk membuat pendaftaran KWSP suri rumah online melalui laman portal yang disediakan khas oleh pihak KWSP. Pendaftaran online KWSP suri rumah ini sudah dibuka sejak ianya dilancarkan tahun lepas.

Untuk maklumat anda, kumpulan sasaran program ini ialah suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR). Pertimbangan untuk keputusan dan kelulusan adalah tertakhluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah jika anda rasa layak, daftar KWSP suri rumah online sahaja dulu, lulus atau tidak itu adalah hal lain.

Program i-Suri ini ialah inisiatif khas dari kerajaan untuk para suri rumah yang berdaftar di pengkalan data Kemiskinan Nasional e-Kasih. Semua suri rumah, ibu tunggal dan balu yang namanya terdapat dalam pengkalan data eKasih layak menyertai program i-Suri.

Perserta program i-Suri perlu membuat caruman RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan untuk melayakkan mereka menerima insentif dari kerajaan RM40 sebulan ke dalam akaun KWSP masing-masing.

Individu yang menepati syarat kelayakan dan telah membuat pendaftaran KWSP suri Rumah online akan menikmati manfaat seperti ahli KWSP dengan dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.

Pendaftaran KWSP Suri Rumah Online (i-Suri)

Berikut adalah maklumat penting pendaftaran online KWSP Suri Rumah (program i-Suri KWSP) iaitu cara daftar KWSP Suri Rumah Online, syarat kelayakan, manfaat dan maklumat ringkas program ini.

Tarikh Mula Pendaftaran KWSP Suri Rumah Online

Program ini telah dilancarkan sejak 15 Ogos 2018. Individu yang layak bolehlah hadir sendiri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat untuk pendaftaran online KWSP Suri Rumah.

Syarat Kelayakan Pendaftaran KWSP i-Suri

Berikut adalah syarat kelayakan untuk pendaftaran KWSP Suri Rumah online.

a. Suri rumah berdaftar dalam sistem talian e-Kasih
b. Warganegara Malaysia
c. Belum mencapai umur 60 tahun
d. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Anda boleh membuat semakan e-Kasih online untuk membuat semakan nama anda di Semakan e-Kasih Online

Manfaat Program i-Suri Dan Fasa Pelaksanaan

Individu yang menyertai program i-Suri akan menerima manfaat seperti berikut selepas membuat pendaftaran KWSP Suri Rumah Online.

a. Fasa 1 bermula 15 Ogos 2018, Kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan untuk setiap caruman sukarela dengan minimum RM5 ke akaun KWSP mereka.
b. Fasa 2 bermula 2019 sumbangan kerajaan akan meningkat ke RM50 sebulan dengan RM10 daripadanya disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
c. Fasa 3, dijangkan bermula pada awal tahun 2020 di mana 2% sumbangan dari KWSP suami akan dimasukan ke dalam akaun isteri

Manfaat Program i-Suri KWSP

Sila lihat gambar di bawah.

daftar kwsp suri rumah online

Maklumat Perhubungan Pendaftaran KWSP Suri Rumah Online

Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai e-Kasih anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-80008000

Untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan 03-89226000.

Anda juga boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat dengan anda atau layari laman website rasmi KWSP.

Semoga perkongsian mengenai pendaftaran KWSP Suri Rumah online ini bermanfaat.